Jumaat, 17 Jun 2011

Tiang dan kabel tanpa bekalan elektrik selama dua tahun

KENINGAU KINI


SUDAH CONDONG…beginilah keadaan tiang elektrik yang dirakam di Kg. Lanas.

KENINGAU: Ada tiang, ada kabel tetapi belum ada bekalan api elektrik, begitulah rungutan kira-kira 2,000 penduduk di Mukim Lanas berhubung dengan kewujudan tiang dan kabel elektrik lebih kurang dua tahun yang lalu namun sehingga kini belum ada bekalan elektrik.

Menurut seorang penduduk di Kg. Lanas Junaidy Jaikul, pemasangan tiang dan kabel elektrik di kawasan itu sudah siap pada tahun 2009 tetapi sampai pada hari ini bekalan api elektrik belum disambung.

Katanya, penduduk sudah telah mengemukakan perkara itu kepada Sebah Electricity Sdn Bhd (SESB) tetapi belum pihak SESB memaklumkan bahawa tenaga belum dapat disambung kerana terdapat beberapa tiang yang sudah condong dan tidak stabil yang dikhuatiri mendatangkan bahaya jika tenaga disambung.

“Jika alasan ini betul kita minta pihak kontraktor agar melakukan pemantauan dan memulihkan tiang-tiang yang sudah condong jika ia masih dalam tempoh pengawasan kontraktor” kata Junaidy kepada New Sabah Times di sini kelmarin.

Dan kalau tempoh pengawasan kontraktor sudah tamat katanya, kerajaan perlu mengambil langkah yang drastik bagi mengatasi masalah itu kerana ia adalah kepentingan bagi penduduk terbabit.

“Kita tidak mahu projek yang menelan jutaan ringgit itu dilabelkan oleh masyarakat sebagai gajah putih” kata Junaidy.

Justeru itu katanya, kerajaan perlu bertindak melalui agensi yang berkenaan agar ia dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat.

Mukim Lanas mempunyai lebih kurang sepuluh buah kampung dan terletak di kawasan Sook dalam Parlimen Pensiangan.

Tiada ulasan: