Khamis, 16 Jun 2011

Suara Keadilan 20 tampil berita terkini

KEADILAN DAILY



Akhbar rasmi Parti KEADILAN Rakyat, Suara Keadilan 20 yang diterbitkan tidak berkala edisi kali ini mendedahkan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, untuk memberikan tips atau nasihat kepada Najib berhubung tipu musihat bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

Mugabe adalah seorang presiden yang mengamalkan pemerintahan zalim di negaranya dan berada dalam senarai orang dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Turut dimuatkan berita kunjungan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Persidangan Pembiayaan Kewangan Islam di Kuwait 7 Jun lalu.

Turut dimuatkan adalah surat terbuka bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim yang menggesa satu tribunal khas ditubuhkan bagi menyiasat penglibatan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dalam skandal kerugian RM8 bilion Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) melibatkan Tan Sri Tajuddin Ramli.

Antara berita lain yang menjadi paparan pembaca edisi kali ini ialah siasatan kerajaan Switzerland ke atas wang haram Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud yang disembunyikan di negara itu.

Selain itu, turut dimuatkan isu panas melibatkan Najib dikatakan menguruskan pertunangan anak perempuannnya di Kazakhstan menggunakan wang rakyat.

Ruangan Q&A kali ini menampilkan pengasas Zentrum Future Studies, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah mengupas isu Pakatan Rakyat dalam membentuk arus kesedaran politik Melayu.

Sementara itu, pergolakan panas berhubung perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih (BERSIH 2.0) turut disiarkan di muka surat 12.

Manakala isu Umno gagal menyelamatkan Melayu oleh pensyarah Undang-undang UIA, Dr Aziz Bari turut dimuatkan sebagai tatapan yang pembaca.

Dapatkan segera Suara Keadilan 20 di pasaran sebelum ia dirampas Kementerian Dalam Negeri!

Tiada ulasan: