Jumaat, 24 Jun 2011

Shaziman: Ada tatacara selesai '2 nakhoda' JKR

Jimadie Shah Othman


Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata beliau yakin masalah 'dua ketua pengarah' Jabatan Kerja Raya (JKR) akan dapat diselesaikan dengan baik.

shaziman 230611Ini kerana, katanya, sistem yang digunapakai telah lama digunakan dan bukanlan satu sistem yang baru.

"Sistem perkhidmatan awam kita ada tatacara kita sendiri. Jadi biarlah… Saya yakin dia akan diselesaikan dengan tatacara sendiri.

"Saya yakin, saya percaya, sistem kita bukan baru. Sistem ini sudah ada lama dan ini akan dapat diselesaikan dengan baik," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) dekat Rawang hari ini, Shaziman bagaimanapun tidak memberikan jawapan pasti bagaimana perkara itu akan ditangani.

NONEKonflik 'dua nakhoda satu kapal' di JKR dilaporkan berlarutan dua bulan apabila bekas ketua pengarahnya Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim (kiri) enggan mengosongkan biliknya, walaupun penggantinya dilantik sejak Mei lalu.

Kemelut bermula apabila pelantikan Dr Judin sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berkuatkuasa 1 Mei lalu didakwa bercanggah dengan prosedur peminjaman kakitangan awam.

Tempat Judin digantikan dengan Datuk Mohd Noor Yaacob yang sebelum ini merupakan timbalan ketua pengarah kerja raya II.

Bagaimanapun, Judin yang menjadi ketua pengarah sejak Mei 2007 masih berada di pejabatnya dan Mohd Noor pula menjalankan tugas dari pejabat lama beliau.

Tiada ulasan: