KUALA LUMPUR - Wira Perkasa hari ini menasihatkan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB. Khairy Jamaluddin menjaga Pemuda UMNO dengan lebih baik agar dasar sayap parti tersebut sealiran dengan Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketuanya, Saudara Irwan Fahmi mendakwa, Ahli Parlimen Rembau itu sewajarnya dapat membezakan peranan Parti Pemerintah dan Badan Bukan Kerajaan seperti Perkasa yang sememangnya mahu memastikan keutuhan dan kedaulatan Bangsa terus dipertahankan.
Beliau turut membuat kenyataan balas terhadap desakan YB. Khairy yang mendesak Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali disiasat dan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Jika KJ menyarakankan supaya Presiden Perkasa perlu disiasat, sepatutnya KJ juga perlu disiasat di bawah akta yang sama kerana mahu melibatkan diri dalam Himpunan BERSIH. KJ bukan Ketua Polis Negara mahpun Hakim yang mahu mengajar pihak polis."
Saudara Irwan Fahmi turut berasa kecewa dengan pendekatan YB. Khairy yang sepatutnya dilihat sebagai seorang Jaguh Melayu dan mengambil pendekatan berhemah dalam berunding, bersatu dan mempertahankan Melayu. Beliau menasihatkan agar Ketua Pemuda UMNO itu merujuk semula asas Perjuangan Parti yang telah memainkan peranan penting membebaskan bangsa Melayu dari terus dijajah.
Beliau juga meminta masyarakat tidak terpengaruh dengan laporan Perkasa melalui portal Malaysian Insider yang membuat kenyataan berlainan dari apa yang diperkatakan.
Wira Perkasa akhir sekali meminta agar kesemua ahli Perkasa berdiri teguh di bawah kepimpinan Datuk Ibrahim Ali dan tidak sesekali lupa akan landasan perjuangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan