GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang tetap akan meneruskan kaedah pemilihan anggota jawatankuasa masjid melalui pilihan raya dan mempertahankan tindakan itu adalah mengikut undang-undang.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata, Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 adalah mengikut Seksyen 104 (1)(b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan 4 (1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang).
"Tatacara baru yang diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) ini merupakan penambahbaikan tatacara peraturan yang sedia ada diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mengulas mengenai dakwaan beberapa pihak bahawa kaedah baru itu perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Abdul Malik berkata: “Kita ikut undang-undang dan enakmen yang diwartakan Kerajaan Negeri.”
Katanya, tatacara baru itu memberikan hak kepada anggota kariah untuk mencadangkan jawatankuasa masjid masing-masing kepada MAIPP sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Ditanya cara menentukan anggota kariah yang layak mengundi, beliau berkata, jawatankuasa kariah sedia ada yang akan memutuskan mereka yang layak mengundi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan