Petani kecil merintih, hidup dalam serba kekurangan
KUALA TERENGGANU - Beribu-ribu petani kecil di seluruh negeri Terengganu 'merintih' duka dalam keadaan serba kekurangan, terpaksa mengeluarkan kos yang besar untuk meneruskan kehidupan.
Dalam keadaan negeri Terengganu berbelanja besar sebanyak RM2 bilion pada tahun 2010 dan sejumlah RM1.88 bilion dicadangkan untuk tahun 2011, sektor pertanian terus diabaikan.
Menurut Bekas Timbalan Pengarah Pertanian negeri, Haji Mohamad Said, penanam sayur-sayuran paling ramai terjejas kerana ketiadaan pelbagai bantuan.
Katanya, bukan hanya 'input' baja dan racun tiada, malah peruntukkan untuk membaiki jentera tidak ada di Pusat-pusat Pengembangan Pertanian.
"tidak ada bantuan baja, benih dan racun, tidak ada peruntukkan, sampai nak baiki jentera, traktor pun tidak ada,
"bajet tahunan kerajaan Terengganu cukup besar, tapi petani yang mengeluarkan sayur-syuran dan buah-buah terus terabai,"ujarnya.
Tinjauan ke Kelompok Pertanian Kampung Che Long, Bukit Besar dekat sini mendapati petani terpaksa meneruskan kerjaya mereka walaupun dalam keadaan yang 'amat dhaif'.
Encik Yusof, 52, yang ditemui wartawan Buletin berkata, beliau telah mengusahakan tanaman sayur-sayuran sejak lapan tahun yang lalu.
Katanya, pada tahun lepas (2010) beliau hanya mendapat bantuan baja sebanyak satu bag sahaja, manakala tahun ini belum mendapat apa-apa bantuan.
"Tahun lepas satu bag sahaja yang boleh (dapat) tahun ini tak boleh lagi, tak ada lagi, sebelum (ditubuhkan) kelompok (Petani Kampung Che Long) saya dah tanam 3 tahun tahun,
"sekarang ini dah masuk 5 tahun, maknanya dah 8 tahun saya (ber) tanam"katanya.
Beliau berharap agar pihak kerajaan meningkatkan bantuan kepada para petani, khususnya beliau yang tidak mampu melakukan kerja-kerja lain, kerana menghadapi masalah penglihatan disebabkan keturunan.
"Inilah kerja (saya) tak ada keraja lain, (tak boleh keraja lain sebab) saya tak nampak, kerja pun main 'gagau-gagau' gitulah,"
Beliau berkata, pendapatan hasil kerja menanamnya hanya RM500 dan tidak cukup menampung kehidupan keluarganya seramai 11 orang.
Namun begitu, menurutnya, mujurlah isterinya menjual hasil tanamannya secara terus di pasar, disamping menjual beberapa jenis sayur lain dan dapat membantu menambahkan pendapatan.
Selain permohonannya untuk penruntukkan bantuan baja, benih dan racun, Encik Yusof juga turut mengadu, masih belum mendapat gantirugi kerosakkan tanamannya akibat dilanda banjir pada bulan Mac lalu.
Masalah ketiadaan parit besar dalam kawasan Kelompok Petani Sayur-sayuran Kampung Che Long menyebabkan air melimpah apabila berlaku hujan lebat.
Perkara tersebut pernah diajukan kepada pihak berkenaan, namun menurutnya, masalah birokrasi menyebabkan parit besar tidak dapat digali.
"Saya dah minta dengan JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) untuk gali parit besar, tapi dia nak macam-macam, nak nombor lot (tanah) lah, nak sain(tandatangan) itu (dan) inilah,
"tak tahulah, kita tak reti,"katanya dengan nada kesal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan