Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menegaskan, perhimpunan aman ialah hak asasi manusia, selagi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) berhimpun secara aman, tanggungjawab kerajaan dan polis ialah membantu pihak penganjur mengatur perhimpunan dan mengawal baik lalulintas. Kami berharap kerajaan bertolerasi terhadap aktiviti perhimpunan aman, bukanlah menyekat saluran bersuara perasaan rakyat.
Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein (gambar kiri) memberi amaran bahawa kerajaan akan menangkap mereka yang mengancam keselamatan negara, Timbalan Ketua Polis Khalid Abu Bakar mengecam perhimpunan BERSIH merosakkan ketenteraman masyarakat dan mengakibatkan kesesakan lalunlintas.
Bagaimanapun, sesiapa yang mempunyai pengetahunan am tentang aktiviti perhimpunan aman di Malaysia akan tahu, pasukan FRU menembak gas pemedih mata dan meriam air ialah sebab-sebab utama yang mengakibatkan kekecohan. Perhimpunan aman tidak akan membawa sedikit pun ketidakselesaan kepada penghuni atau peniaga bandar sekiranya FRU tidak buat begitu dan menyuraikan peserta perhimpunan secara paksaan.
Pada 26 Mac tahun ini, pertubuhan-pertubuhan wanita menganjurkan perarakan "Jalan untuk Berubah", pihak polis memberi kerjasama dengan pihak penganjur, mereka hadir dan mengawal lalulintas; perarakan Hari Hak Asasi Manusia yang dianjurkan oleh Presiden Majlis Peguam Yeo Yang Poh beberapa tahun dahulu, pihak polis juga tidak mengganggu perarakan. Kedua-dua perhimpunan dan perarakan ini telah dijalankan secara lancar dan aman, tidak mengakibatkan kekecohan dan kesesakan lalulintas. Ini membuktikan tuduhan pihak polis adalah tidak berasas.
Oleh sebab itu, Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menyokong sepenuhnya perhimpunan aman yang dianjurkan oleh BERSIH pada 9 Julai. Kami juga setuju dengan tujuh permintaan reformasi sistem pilihanraya yang dikemukakan olehnya, iaitu 1) Pendaftaran pengundi secara automatik; 2) Sistem undi pos untuk para pengundi luar negara 3) Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan; 4) Capaian media aliran utama secara saksama untuk semua parti; 5) Tempoh kempen minimum 21 hari; 6) Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya; 7) Menghapuskan rasuah pilihan raya
Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG melahirkan kekesalan terhadap serangan pemimpin politik dan PERKASA terhadap BERSIH. Tujuh permintaan yang dikemukakan oleh BERSIH adalah indeks penting bagi mencapai pilihanraya adil dan politik berdemokrasi, parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan tidak wajar membantah.
PERKASA mengumumkan PERKASA dan 30 pertubuhan bukan kerajaan Melayu akan turut sama berhimpun dengan BERSIH pada hari yang sama "bagi menghalang demonstrasi BERSIH", tindakan PERKASA ini bertujuaan menggagalkan perhimpunan BERSIH, ini jelasnya telah mencabul hak kebebasan perhimpunan penyokong BERSIH.
Pemuda UMNO pula tiba-tiba mengumumkan satu perarakan "bagi menyokong sistem demokrasi" pada hari yang sama, ini merupakan satu lagi kerja untuk bertembung dengan BERSIH. Kami menyeru PERKASA dan Pemuda UMNO memilih tempat lain atau tarikh lain menganjurkan perhimpunan "membantah reformasi sistem pilihanraya", jangan membuat kekecohan secara berancang dan menggagalkan perhimpunan aman BERSIH.
Akhirnya, Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menyeru semua rakyat menyertai perhimpunan aman BERSIH bagi membaiki kelemahan sistem pilihanraya kini, menyumbang tenaga kepada proses demokrasitasi Negara kita.
*Kenyataan media oleh Toh Kin Woon (gambar kiri) selaku Presiden Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan