Jumaat, 10 Jun 2011

Penduduk PJS1 Desak SUHAKAM Campur Tangan

Ditulis oleh Afix Redzuan





KUALA LUMPUR : Penduduk Rumah Panjang Petaling Jaya Selatan 1 (PJS1) hari ini menyerahkan satu memorundum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berhubung tindakan pengusiran secara paksasaan di kawasan mereka.

Memorandum terbabit mendesak supaya pengusiran secara paksa yang dilakukan oleh pihak pemaju Peter Brickwork's Sdn Bhd dihentikan segera yang telah menyebabkan dua buah rumah dirobohkan pada 3 Jun lalu walaupun sudah mendapat perintah mahkamah.

Pihak penduduk juga meminta Suhakam mengadakan satu rundingan bersama Kerajaan Negeri, pemaju dan jawatankuasa Bertindak Pembeli Blok E.

M. Sugumaran, Pengerusi Jawatankuasa bertindak Pembeli Blok E mendesak kerajaan negeri mengambil serius perkara ini dan mengemukakan dokumen hitam putih sebagai jaminan daripada kerajaan negeri.

“Kami harap selepas ini mereka bertindak dan jangan sampai kami datang sekali lagi untuk berdiri di hadapan pejabat mereka,” tegas beliau.

Setakat ini dua buah rumah telah dirobohkan melibatkan rumah seorang warga OKU, Mahalingam a/l Veeriah dan Pushparani a/p Achan. Kedua-dua keluarga ini menetap dibawah khemah yang didirikan atas keperihatinan penduduk setempat.

Minggu lalu, Penduduk menuggu hampir tiga jam semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) untuk bertemu dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim namun gagal berbuat demikian.

Bagi Setiausaha Parti Sosialis Malaysia, PSM, S. Arutchelvan, penggunaan samseng merupakan satu perkara yang tidak wajar dan lebih mengecewakan apabila pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan.

“Yang peliknya kita nampak dengan jelas penggunaan samseng dan pihak polis, pihak mahkamah, semua memerhatikan. Ini memang tidak boleh diterima. Ini seperti satu undang-undang di Mahmakah Tinggi itu dihalalkan oleh samseng yang mengimplimentasikan perundangan itu, ini merupakan sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya.

Sementara itu, bagi Bendahari PSM, A. Sivarajan permintaan penduduk adalah wajar memandangkan sudah hampir seminggu perkara ini berlarutan ditambah mereka hanya tinggal di khemah yang dibina atas keperihatinan penduduk setempat.

“Kita melihat dua perkara positif berlaku walaupun lewat. Pertama berkaitan stop work order yang dilakukan oleh MBPJ dan Kerajaan negeri yang sepatutnya memberhentikan kerja-kerja mereka walaupun hasratnya begitu namun ia tidak berlaku di lokasi. Yang kedua kita dengar daripada YB Iskandar dengan perobohan itu Menteri Besar telah merasakan pemaju tidak menghormati dan mungkir janji dan telah merampas lot tanah pemaju untuk dibuat pembangunan kerajaan negeri sendiri.

“Walaupun ada perkara positif, yang kita tidak faham mengapa perkara ini tidak dapat diselesaikan walaupun sudah berlarutan seminggu,” katanya.

Memorundum banbtahan ini diserahkan kepada Pesuruhjaya Suhakam, Detta Samen.

Pihak Majlis Bandaran Petaling Jaya, MBPJ telah mengeluarkan satu Perintah henti Kerja bertarikh 30 Mei 2011 terhadap pemaju namun tidak dipedulikan sebaliknya pemaju berkeras

Tiada ulasan: