Selasa, 14 Jun 2011

Pemuda PAS Perak: UMNO hasut pelajar IPT tolak PR

MERDEKA REVIEW

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melihat kenyataan Hamidah Osman menasihatkan agar Pelajar Insititut Pengajian Tinggi (IPT) agar tidak terlibat dengan elemen politik kepartian sebagai satu kenyataan yang panas buat Zambry Abdul Kadir kerana dalam politik Negeri Perak UMNO dengan jelas mengheret Pelajar IPT dalam kancah politik setelah berjaya merampas kembali Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak awal Februari 2009 yang lalu.

Bagaimana Pelajar IPT telah dihasut agar menolak Pakatan Rakyat (PR) di dalam program-program tertutup mereka yang telah diadakan di Perak terutamanya. UMNO jelas menggunakan program-program Kerajaan Negeri samada melalui Yayasan Negeri Perak, Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan atau pun melalui program yang dianjurkan Universiti sendiri bagi menyampaikan suara UMNO. Kami mempunyai banyak bukti bagi menjelaskan perkara ini dan memang benar-benar berlaku.

Kami juga merasakan program Bakti Siswa Perdana yang telah melibatkan seramai 80 mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis yang berkampung selama lima hari di Kampung Bagan Tiang bersama keluarga angkat baru-baru ini yang turut dirasmikan program tersebut oleh Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Abdul Raman Suliman juga tidak jauh bezanya dalam mengheret Pelajar IPT tersebut.

Kami melihat Zambry tidak pernah memperkatakan masalah ini dan jelas ianya memang disengajakan. Kalau kenyataan Hamidah tersebut ditujukan kepada Zambry, memang sengaja Hamidah yang menyerlahkan tindakan buruk Zambry terhadap Pelajat IPT selama ini.

*Kenyataan media oleh Raja Ahmad Al-Hiss (gambar kiri) selaku Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: