Menteri Undang-undang, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mencabar ahli parlimen pembangkang supaya merujuk beliau kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan Parlimen jika mereka bertegas bahawa beliau telah berbohong di Dewan Rakyat.
Katanya, jika beliau telah berbohong di Parlimen, maka mereka perlu
tahu apa yang hendak dilakukan - merujuk beliau (Nazri) kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan yang beliau berbohong kepada Parlimen.
"Saya mahu mereka berbuat demikian," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Nazri membidas dua ahli parlimen tersebut kerana didakwanya gagal menyelidik perkara itu dengan teliti kerana jawapan yang sama telah diberikan kepada ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang tahun lepas dan perkara itu tidak pernah dipersoalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan