Mohd Rashidi Hassan |
DOHA (Qatar): Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia ke Gaza, Palestin dan Beghazi, Libya berlepas dari ibu negara jam 3.30 pagi tadi. Rombongan seramai tujuh anggota diketuai Presiden Yayasan Amal, Husin Ismail bertujuan untuk memantau pelaksanaan projek kemanusiaan serta menghulur bantuan persekolahan dan barangan keperluan makanan kepada rakyat Palestin. Manakala di Libya, Yayasan Amal akan menghulurkan bantuan kepada rakyat Libya dan Tunisia yang terperangkap akibat peperangan. Anggota rombongan lain terdiri daripada Jamuliddin Elias (Timbalan Presiden Yayasan Amal), Zaman Abdullah (Bendahari), Abd Hamid b. Seman (KSU), Che Salmi Che Ibrahim (AJK Amal Terengganu), pegawai perubatan, Dr Abdul Kadir Jailani dan Mohd Rashidi Hassan (Harakah). Menurut Presiden Yayasan Amal, anggota rombongan yang kini transit di Qatar, akan berlepas ke Kaherah jam 2 petang waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia). Dari Kaherah rombongan Yayasan Amal akan merentasi perjalanan sejauh 400 km ke Rafah sempadan Mesir-Palestin. "Selepas selesai tugasan di Gaza, rombongan akan kembali ke Kaherah dan meneruskan perjalanan sejauh 700 km ke Beghazi. "Tetapi kita belum pasti jadual perjalanan. Jika kita mendapat lampu hijau kita akan masuk ke Gaza dahulu, jika tidak kita akan ke Libya dahulu," katanya. Menurut beliau, rombongan Yayasan Amal dijangka dapat menyempurnakan tugasan dalam tempoh sepuluh hari. |
Ahad, 19 Jun 2011
Misi kemanusiaan ke Palestin, Libya berlepas subuh tadi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan