KUALA LUMPUR : Kerajaan Negeri Selangor tidak meluluskan peruntukan tambahan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk menangani masalah Kehilangan Air Tanpa Hasil (NRW) kerana kos operasinya melebihi daripada kebiasaan.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata demikian ketika mencelah apabila Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin menyatakan SYABAS tidak diberi peruntukan yang mencukupi untuk menANGANI masalah Kehilangan Air Tanpa Hasil (NRW).
Khalid dalam soalan lisannya di Parlimen hari ini meminta Peter Chin merujuk laporan Malaysia Water Industry Guide 2010 yang menyatakan nilai purata non-revenue water (NRW) adalah 36.63 peratus melibatkan 1.8 bilion meter padu air serta kerugian RM1.64 bilion.
"Syarikat yang telah dilantik untuk mengepalai penswataaan pengurusan air ini tidak dapat jalan tugas dgn baik sebab tidak cukup wang dan sekarang dapat sokongan berlebihan dari kerajaan persekutuan," kata Khalid.
Peter Chin menyatakan bahawa masalah NRW semakin membimbangkan di Selangor.
NRW boleh diklasifikasikan sebagai kehilangan fizikal yang disebabkan kebocoran paip dan kehilangan komersil yang berpunca daripada kecurian air, ketidaktetapan pada bacaan meter, kegunaan bagi sistem penyelenggaraan air dan juga kegunaan bomba.
Peter Chin berkata mengikut rekod kementerian kadar nasional NRW pada tahun 2009 adalah sebanyak 36.63 peratus. Kadar tersebut menurun sedikit berbanding tahun 2008 yang mancatatkan 36.93 peratus.
Walaubagaimanapun, purata NRW adalah berbeza bagi setiap negeri dengan julat diantara 19.08 peratus sehingga 59.90 peratus.
Peter menambah, bagi sesebuah negeri, kadar NRW berbeza mengikut sesebuah kawasan.
Kadar NRW banyak dipengaruhi usia aset bekalan air terutama paip, faktor geografi sesebuah negeri dan kaedah pengurusan NRW oleh setiap operator bekalan air.
"Berikutan itu pendekatan yang ditekankan ialah untuk menangani NRW yang berpunca daripada kehilangan fizikal dengan program- program holistik."
Untuk tujuan itu katanya, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1.082 bilion dalam RMK-9.
Peter juga berkata, pihaknya akan memastikan operator air mempunyai kadar penurunan NRW yang sistematik. Ia mestilah menepati KPI yang ditetapkan sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan