Harakahdaily |
SHAH ALAM: Khalid Samad dan Shaari Sungib dilantik semula ke jawatan masing-masing sebelum ini iaitu timbalan pesuruhjaya (TPJ) III dan Ketua Penerangan PAS Selangor dalam mesyuarat pertama perhubungan negeri semalam. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman berkata, turut dilantik adalah Iskandar Samad sebagai TPJ I manakala Salehin Muhyi TPJ II. Khairudin Othman telah dikekalkan sebagai setiausaha perhubungan manakala Izham Hashim telah dilantik sebagai bendahari perhubungan yang baru. Bekas Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Hasan Ali telah dilantik ahli perhubungan bersama dengan seorang lagi Exco Selangor dari PAS, Dr Halimah Ali. Turut dilantik adalah Noraini Husin, Mohd Sani Hamzan (timbalan ketua pemuda negeri), Ahmad Mohd, Ustazah Mariam dan pakar IT Abdul Rahman Sadikin. |
Selasa, 21 Jun 2011
Khalid, Saari kembali ke perhubungan PAS Selangor
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan