Isnin, 13 Jun 2011

Kerajaan Enggan Umum Penerima Biasiswa JPA

TVS NEWS


SHAH ALAM : Kerajaan Persekutuan terus berdolak dalih berhubung isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kali ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menegaskan kerajaan pemerintah tidak berhasrat mahu mendedahkan senarai penerima biasiswa JPA, meskipun didesak pelbagai pihak agar berbuat demikian.

"Bukan dasar kerajaan untuk mengeluarkan senarai nama penerima biasiswa tersebut, malah tiada jaminan isu berkenaan akan selesai jika kerajaan mengeluarkan senarai nama penerima," ujar Nazri ketika menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan di Parlimen hari ini.

Po Kuan berpendapat jika kerajaan bertindak memaparkan senarai nama penerima biasiswa tersebut, segala kekeliruan dan ketidakpuasan hati rakyat akan terjawab.

Tiada ulasan: