Jumaat, 17 Jun 2011

Kajian Pew: Ramai pengguna Facebook kongsi isu politik

LAPORAN — Reuters


Kajian Pusat Penyelidikan Pew menunjukkan penggunaan laman sosial Facebook meningkat, dan begitu juga bagi tujuan perkongsian maklumat mengenai isu-isu politik. — Foto Reuters
WASHINGTON — Walaupun wujud tanggapan bahawa rangkaian sosial Facebook boleh memudaratkan pengguna, tetapi hasil kajian terbaru menunjukkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi itu digunakan untuk meningkatkan nilai kesejahteraan sosial termasuk perbincangan mengenai isu-isu politik.

Kajian kendalian Pusat Penyelidikan Pew menunjukkan ramai di kalangan pengguna Facebook mudah percaya, mempunyai ramai kenalan dan lebih banyak bercakap soal politik.

“Terdapat spekulasi luas mengenai impak penggunaan laman sosial ke atas kehidupan sosial dan kebanyakannya memusat pada kemungkinan bahawa laman-laman ini memudaratkan hubungan para pengguna dan menjauhkan mereka daripada menyertai (persekitaran sebenar) dunia,” kata penulis utama laporan kajian Keith Hampton.

“Kami telah menemui keputusan sebenar, mereka yang menggunakan rangkaian sosial seperti Facebook sebenarnya mempunyai lebih ramai teman rapat dan ramai di antara mereka lebih suka terlibat dalam aktiviti sosial dan politik,” katanya.

Malah kajian itu juga menunjukkan seramai 2,255 orang dewasa menggunakan laman sosial seperti Facebook, MySpace, LinkedIn dan Twitter.

Kajian itu menunjukkan perubahan menyeluruh sedang berlaku dalam hubungan sosial, dengan 47 peratus orang dewasa menggunakan rangkaian sosial, meningkat daripada 26 peratus pada 2008 ketika kajian yang sama dilakukan.

Pengguna-pengguna Facebook mendaftar masuk dalam akaun masing-masing atau 47 peratus lebih tinggi berbanding laman web lain dan lebih daripada tiga kali pengguna anti-Internet merasakan ramai yang boleh dipercayai.

Pengguna-pengguna Facebook lebih aktif semasa pilihan raya Amerika Syarikat (AS).

Daripada kalangan pengguna Facebook, dua dan lebih lebih suka menyertai perhimpunan politik atau mesyuarat dan 43 peratus berkata mereka akan mengundi, kata laporan itu.

Kajian itu juga berkata sokongan emosi dan persahabatan antara pengguna Facebook bersamaan dengan separuh sokongan AS terhadap pasangan atau rakan yang tinggal bersama.

“Rangkaian sosial telah menjadi semakin penting seperti nyawa mereka sendiri,” kata pengarang bersama laporan itu Lee Rainie.

“Rakyat menggunakan rangkaian sosial untuk terus berhubung dengan rakan-rakan mereka dan juga kenalan jauh,” tambah Rainie.

“Ia jelas bahawa dunia rangkaian individu akan terus bertukar sebagai platform dan pengguna akan terus berkembang,” katanya.

Tiada ulasan: