KUALA LUMPUR — Inkues bagi menyiasat punca kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbaini Mohamad akan diadakan awal bulan depan.
Ia akan diketuai oleh koroner Aizatul Akmal Maharani mulai 4 hingga 15 Julai.
Bulan lalu, Ketua Jabatan Siasatan Polis Kuala Lumpur Asisten Komisioner Datuk Ku Chin Wah berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah bersetuju dengan cadangan agar diadakan inkues berkenaan kematian Sarbaini (gambar).
Pengumuman itu muncul beberapa hari selepas keluarga Allahyarham Sarbaini mahu polis mendedahkan perkembangan terbaru hasil siasatan kematiannya dua bulan lalu di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 6 April lalu.
Ini kerana, menurut sumber yang rapat dengan keluarga Sarbaini, sehingga kini masih tiada perkembangan, menyebabkan keluarga itu tertanya-tanya status sebenar hasil siasatan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan