Selasa, 7 Jun 2011

Geram kumpul tandatangan bantah harga air naik

Muhamad Aizat Bahrudin


JASIN: Gerakan Anak Muda Melaka (Geram) bersama rakan Pakatan Rakyat meneruskan kempen jelajah ke seluruh negeri Melaka bagi mendapatkan tandatangan penduduk sebagai tanda membahtah kenaikan harga air oleh Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

Jelajah kali kedua di Pasar Besar Jasin semalam mendapat sambutan menggalakkan dari rakyat yang rata-rata tidak berpuas-hati dengan kenaikan bil air tersebut.

Seorang peniaga kedai runcit, Lim Pin Seng, 65, yang di temui di pasar besar tersebut mengeluh dengan kenaikan tersebut.

“Setiap hari harga barang naik, dulu minyak naik, kemudian air naik dan sekarang elektrik pula naik, ini sangat membebankan saya sebagai peniaga yang sudah lama berniaga di sini,” katanya yang sudah 10 tahun berniaga.

Ada pengunjung yang ditemui tidak sedar kenaikan hargal air sejak 1 April lalu memandangkan notis rasmi tidak dikeluarkan oleh SAMB.

“Saya langsung tak tahu dan tak di maklumkan tentang kenaikan air, sedar-sedar terpaksa membayar lebih walaupun penggunaan hampir sama setiap bulan,” ujar Yusof Ahmad dari Jasin.

Kadar lama tariff air adalah 55 sen bagi setiap meter padu untuk 1-15 meter padu pertama, 85 sen bagi setiap meter padu untuk 15.1-40 meter padu berikutnya dan RM1.33 sen untuk setiap meter padu berikutnya.

Manakala kadar baru pula ialah 55 sen bagi setiap meter padu untuk 15 meter padu pertama, 85 sen bagi setiap meter padu untuk 15.1-30 meter padu berikutnya, 0.95 sen bagi setiap meter padu untuk 30.1-35 meter padu berikutnya dan RM1.45 sen bagi setiap meter padu berikutnya.

Kenaikan sebanyak 20% berbanding sebelumnya.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif SAMB bagi mendapatkan maklum balas tentang tarif baru air dan jawapan yang diberikan adalah disebabkan arahan dari pusat.

Tiada ulasan: