KUALA LUMPUR — Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Nasional, yang dinanti-nantikan dibentangkan di Parlimen hari ini, bagi membolehkan ia membuka laluan kepada pelaksanaan gaji minimum di negara ini.
Rang undang-undang itu dibawa ke Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan.
Menurut rang undang-undang itu, fungsi majlis tersebut ialah menasihatkan kerajaan kesemua perkara berkaitan dengan gaji minimum termasuk perkembangan di peringkat antarabangsa, mengesyorkan kepada kerajaan kadar gaji minimum dan liputannya mengikut sektor, jenis-jenis pengajian dan kawasan mengikut wilayah, dan lain-lain perkara berkaitan dengan gaji minimum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan