Khamis, 9 Jun 2011

Fomca pertahankan peraturan baru jual kereta

Susan Loone


Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mempertahankan pindaan Akta Sewa Beli 1967 yang mewajibkan semua kenderaan terpakai melalui pemeriksaan tambahan 14 perkara sebelum boleh dipindah milik berkuatkuasa 15 Jun ini.

NONENaib presidennya K Koris Atan berkata pindaan itu akan memberi manfaat kepada pengguna dan menjamin hak mereka mendapatkan maklumat dan perlindungan keselamatan apabila membeli kereta terpakai.

Pengedar kereta terpakai yang membantah pindaan itu, kata Koris mungkin mempunyai 'agenda tersembunyi' untuk menjual kereta bermasalah dengan percubaan untuk menangguhkan penguat-kuasaan undang-undang itu.

“Terdapat unsur tidak jujur dalam permintaan mereka,” katanya pada satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

“Pada akhirnya, siapa yang akan rugi? Hanya pengguna,” katanya sambil menambah tidak ada sesiapapun yang seharusnya cuba menghentikan undang-undang baru itu daripada dikuatkuasakan.

Menurut Koris undang-undang baru itu hanya diluluskan setelah 44 tahun tekanan oleh kumpulan hak pengguna dan akan terpakai ke atas dua juta kereta yang sekarang ini akan didaftarkan dengan Konsortium Penyelidikan Data Motor.

NONEAdalah dipercayai Kementerian Perdaganagan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna juga akan membenarkan Puspakom supaya memeterai perjanjian dengan MDRC, sebuah syarikat swasta yang mengumpul sejarah kemalangan sesebuah kenderaan.

Koris yang mengalu-alukan penubuhan konsortium itu menggesa orang ramai yang merasakan diri mereka tertipu dengan kereta terpakai yang dibeli supaya tampil dan mendedahkan cerita mereka “agar pengedar kereta yang bertanggungjawab tidak akan terlepas”.

Beliau merujuk tindakan 100 pengedar kereta terpakai Persekutuan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM) yang mengadakan demonstrasi aman di Kuala Lumpur semalam yang membantah pindaan akta itu yang didakwa mereka hanya menguntungkan Puspakom.

NONEPemeriksaan tambahan 14 perkara itu yang juga dikenali sebagai B7 itu akan dikuatkuasakan selain pemeriksan wajib 4 perkara sekarang yang disebut B5.

FMCCAM yang mempunyai lebih 3,000 anggota di seluruh negara mendakwa pemeriksaan B5 adalah mencukupi bagi melindungi pembeli dan syarat baru yang diperkenalkan itu tidak mempunyai matlamat kecuali menguntungkan Puspakom.

Tiada ulasan: