Isnin, 6 Jun 2011

Fitnah 2: Permohonan singkir hakim ditolak, sebutan 13 Julai

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Seperti dijangka, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan peguam untuk menyingkirkan beliau daripada mendengar kes fitnah 2.

Ketika membuat keputusan tersebut, Zabidin menyatakan permohonan itu tidak mempunyai sebarang merit, meskipun beliau sebelum ini dilihat menyebelahi saksi utama pendakwaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Saya dapati permohonan ini tidak mempunyai sebarang merit jadi permohonan ditolak,” kata Zaibidin ketika membuat keputusan.

Berikutan itu, peguam Karpal Singh berkata, beliau dan pasukannya akan mengemukakan rayuan untuk mengenepikan Zabidin selewat-lewatnya petang ini. Karpal juga memohon agar kes ditangguhkan terlebih dahulu.

Zabidin kemudian membenarkan kes itu ditangguhkan dan mahkamah akan bersidang semula pada 13 Julai depan bagi sebutan kes berkenaan.

Pagi tadi, peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan untuk menyingkirkan Zabidin kerana melakukan pra-penghakiman sewaktu membuat keputusan untuk memanggil Anwar membela diri, 16 Mei lalu.

Ini kerana Zaibidin ketika membuat keputusan itu menyatakan saiful sebagai saksi yang berwibawa dan boleh dipercayai, meskipun fakta perbicaraan menjelaskan percanggahan keterangan yang diberi Saiful di mahkamah

Karpal Singh dalam hujahnya berkata, Hakim Zabidin bersikap berat sebelah dalam membuat keputusan dan tidak mungkin berlaku adil dalam menghakimi kes ini.

Tiada ulasan: