Jumaat, 17 Jun 2011

Dewan Rakyat: Pengguna persendirian tak kena caj e-mel 1MY

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman, Norakmah Mat Youb dan S Anand Kumar

Bayaran dikenakan kepada firma swasta, agensi kerajaan


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak, berkata tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengguna persendirian untuk menggunakan perkhidmatan E-mel 1Malaysia (1MY).
Perdana Menteri, berkata bayaran akan dikenakan kepada syarikat swasta ataupun agensi kerajaan yang menggunakan perkhidmatan itu, caj bergantung kepada bilangan e-mel dihantar.
Najib berkata demikian dalam jawapan bertulis menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

Loy Sian dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan berapakah kadar caj dibenarkan untuk penghantaran setiap E-mel 1Malaysia kepada rakyat.

Menjawab soalan Loy Sian mengenai apakah kelebihan syarikat Tricubes Bhd dibenarkan menguruskan projek 1MY, Perdana Menteri berkata, ia (Tricubes) berjaya menunjukkan pelan perniagaan yang kukuh dan jelas.

“Mereka juga disokong secara rasmi oleh syarikat gergasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) iaitu Microsoft. Lanjutan itu, Tricubes dibandingkan dengan tiga lagi syarikat yang menyatakan hasrat membangunkan perkhidmatan e-mel yang selamat dan kukuh.
“Tricubes adalah sebuah syarikat yang ulung dalam bidang keselamatan,” katanya.

Tiada ulasan: