Afiq Hizami, pelatih UKM |
KUALA LUMPUR: Lawyers for Liberty (LFL) akan menganjurkan satu bengkel terbuka berhubung hak anda berhadapan polis sempena perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadual 9 Julai ini. Menurut Penasihat LFL, Latheefa Koya, bengkel itu diadakan bagi memberi pendedahan berhubung apa yang hendak mereka lakukan sekiranya ditangkap dan dipukul oleh pihak polis. "Justeru itu, kita mahu mereka semua bersedia dalam menyertai perhimpunan ini agar mereka tidak takut mahupun gentar apabila terdapat sebarang tindakan yang dilakukan oleh polis semasa dalam perhimpunan itu nanti. "Oleh itu saya menasihatkan pada orang ramai supaya tidak panik dan gusar untuk berhimpum dalam perhimpunan Bersih 2.0 ini kerana dengan pendedahan yang kita akan berikan pastinya mereka akan mendapat perlindungan dari segi undang-undang yang sewajarnya," ketika dihubungi Harakahdaily. Bengkel yang bertajuk Bersih 2.0: LFL "Right To March!"-Hak Anda Berhadapan Dengan Polis ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh peguam hak asasi N Surendran dan bersama dengan peguam-peguam LFL yang lain. Bengkel tersebut dijadual diadakan pada tarikh 30 Jun 2011 pada hari Khamis bertempat di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Jalan Maharajalela Kuala Lumpur. Ia akan bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. Kepada mereka yang berminat untuk mengikuti bengkel ini boleh mendaftar dengan cara menghantar email kepada |
Khamis, 23 Jun 2011
Bersih 2.0: Lawyers for Liberty anjur bengkel
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan