Selasa, 7 Jun 2011

Bantahan awal Utusan ditolak, saman MP Shah Alam didengar 25 Julai

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Kes saman fitnah yang difailkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad terhadap Utusan Melayu (M) Berhad akan didengar pada 25 Julai ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Dr Prasad Sandosham Abraham menetapkan 25 dan 26 Julai untuk mendengar kes itu selepas menolak permohonan Utusan Melayu atas isu-isu awal sama ada perkataan disebutkan dalam satu rencana disiarkan akhbar itu merujuk kepada Khalid (gambar).

Peguam Rohanidah Shafee yang mewakili Utusan Melayu memberitahu pemberita bahawa mahkamah mendapat rencana yang disiarkan kemungkinan merujuk kepada plaintif.

Mahkamah membuat keputusan itu di kamar selepas mendengar hujah daripada Rohanidah dan peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Khalid.

Dalam kes yang difailkan tahun lalu, Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Aziz Ishak dan penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia sebagai defendan.

Tiada ulasan: