Khamis, 16 Jun 2011

Anwar, tiga pemimpin Pakatan hadir Parlimen selepas enam bulan digantung

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Empat pemimpin Pakatan Rakyat termasuk ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri persidangan Parlimen hari ini selepas enam bulan digantung berhubung isu APCO.

Selain Anwar, Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali melangkah masuk Dewan Rakyat pagi.

Turut hadir Ahli Parlimen Subang R Sivarasa.

Sesi semasa Dewan Rakyat bermula Isnin lalu.

Pada 16 Disember lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menggantung Anwar dan tiga wakil rakyat terbabit daripada menghadiri persidangan selama enam bulan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa APCO Worldwide.

Karpal yang merupakan wakil rakyat DAP bagi kerusi Bukit Gelugor, Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin (PKR-Gombak) digantung kerana menghina dewan.

Tiada ulasan: