Ahad, 19 Jun 2011

Amanat Anwar : AMK Siapkan Jentera Hadapi PRU- 13

TVS NEWS




SHAH ALAM : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Ketua Angakatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin agar menyiapkan pimpinan anak muda yang berkreadibiliti untuk diletakkkan di barisan hadapan dalam usaha meneruskan kesinambungan perjuangan parti.

Katanya dalam ucaptama Rapat Anak Muda 13.0, golongan muda dalam jentera parti perlu bekerja dengan keikhlasan hati dan bersungguh- sungguh untuk merampas pentadbiran di Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

“Pada tahun 2008, pimpinan pun tidak cukup yakin untuk menang. Kita kena ubah. Tidak yakin barisan belakang, yakin duduk hadapan. Orang barisan depan, pimpinan kurang yakin tolak di belakang. Dan ini digunapakai untuk semua pimpinan anak muda di semua peringkat.

“Saudara Shamsul Iskandar, kaji semula semua pimpinan di semua peringkat. Angkatan Muda Keadilan di peringkat pusat dan negeri yang yakin dipertahankan di hadapan, yang kurang yakin susun di bahagian belakang. Beritahu Shamsul Iskandar sekarang, kalau tidak dengan dia kita gulingkan. Saya kata begitu kerana saya yakin dia akan lakukan,” kata Anwar sambil tersenyum dan disambut tepukan gemuruh AMK.

Rapat Anak Muda AMK 13.0 dengan tema ‘Yakin Berani Berubah’, yang berlangsung di Dewan Jubli Perak semalam, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berjaya menghimpunkan 3,000 wakil AMK dari semua cabang dari Seluruh Malaysia.

Turut hadir adalah Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai, Adun Taman Medan, Haniza Talha, Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafie, Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainudin, Blogger Tukartiub, Hishamudin Rais dan Ketua Serikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail.

Beliau menambah, gerak kerja parti perlu dilakukan secara berjemaah walaupun ada kalanya berlaku percanggahan pendapat antara ahli dan perkara paling utama adalah memahami dan patuh kepada kehendak perjuangan.

“Kalau saudara fikir mahu laksana agenda sendiri, sukar untuk kita pertahankan kerana parti ini adalah parti jamaah. Kita berkerja sebagai sebuah pasukan, kita berkorban sebagai sebuah pasukan, kita bergerak dan berjuang sebagai sebuah pasukan,” katanya.

Beliau menyelar tindakan bacul sesetengah pihak yang dilihat cuba untuk menghalang suara rakyat dilaungkan lebih-lebih lagi berkaitan Perhimpunan BERSIH 2.0 yang bakal berlangsung Julai depan.

“Hak yang terjamin dalam Perlembagaan yang dituntut, apa yang separuh menggila berbicara soal BERSIH. Yang kita tuntut apa? Yang dijamin dalam Perlembagaan bahawa sesungguhnya pilihanraya bagi negeri Persekutuan Tanah Melayu di tahun 1957, pengisytiharan kemerdekaan itu mengamalkan demokrasi. Demokrasi itu bererti pimpinan dan wakil calon dipilih secara bebas dan telus.

“Kita merdeka lebih 50 tahun pemimpin-pemimpin yang korup, yang bacul tidak berani mengadakan pilihanraya yang bebas dan telus. Mereka sebenarnya bacul dan takut dengen kehendak dan suara rakyat kerana suara rakyat adalah suara keramat,” katanya sambil disambut dengan tepukan gemuruh wakil AMK yang hadir.

Anwar turut mengingatkan AMK bahawa Barisan Nasional yang diketuai oleh Najib Razak akan meneruskan usaha menggugat dan membeli mana-mana individu yang boleh dibeli untuk berpaling tadah.

“Sekarang adalah masa bertempur untuk melawan Umno. Dia tidak boleh menghalang rakyat daripada bersama kita untuk menumbangkan kezaliman Umno Barisan Nasional.

“Saya tidak akan nafikan bahawa sekarang akan lebih hangat menjelang pilihanraya akan datang lebih hebat Najib dan Rosmah mencari orang yang mana boleh dibeli. Kalau ada yang ingin dibeli katakan kepada mereka persetankan kamu dan keluar cepat,” katanya.

Majlis turut diserikan dengan Ucapan daripada Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai, Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar, Hishamuddin Rais, persembahan nyanyian daripada Okes Rakyat Tertindas dan Beeha, deklamasi puisi daripada Rozan Azen Mat Rasip.

Tiada ulasan: