RAWANG: Penduduk Bandar Tasik Puteri bakal menerima susur jalan keluar masuk ke lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (KLKSE) tidak lama lagi, kata anggota Parlimen Selayang, William Leong hari ini. Beliau yang mempengerusikan mesyuarat bersama Jawatankuasa Pemantau perkembangan itu bersama Ahli Majlis MPS Zon 24, Zaidy Abdul Talib, wakil dari Majlia Perbandaran Selayang (MPS), wakil Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), wakil Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ), wakil KLKSE Berhad, wakil pemaju Ap Land Berhad di pejabat MPS baru-baru ini. (Gambar: William [kri] mempengerusikan mesyuarat bersama. Kanan sekali adalah Zaidy)
Menurut William, status lebuhraya fasa pertama yang telah siap dibina adalah terowong dan jambatan untuk menghala ke bandar Tasik Puteri.
Kesemua plan pembangunan susur keluar masuk ini telah diluluskan oleh Menteri yang bertanggungjawab melalui maklumat yang telah diberikan oleh wakil LLM.
Dalam perbincangan itu juga wakil daripada LLM mengatakan, pihaknya tiada masalah untuk menguruskan pengambilan tanah atas persetujuan rakyat di kawasan kediaman Bandar Tasik Puteri.
Disini apa yang penting pihak pemaju perlu berbincang dengan pihak konsesi lebuhraya untuk plan rekabentuk bagi mendapatkan keluasan tanah yang bakal diambil dan diserahkan kepada LLM untuk disahkan.
Penduduk Bandar Task Puteri sentiasa merungut dengan masalah kesesakan jalan raya yang mereka hadapi untuk ke tempat kerja mereka samada Kuala Lumpur atau lain-lain tempat.
Mereka terpaksa melalui jalan Rawang - Batu Arang yang sentiasa sesak untuk keluar ke tol Rawang menuju lebuhraya Utara Selatan.
Ekoran itu, dalam satu dialog dengan pelbagai pihak pada 24 Oktober tahun lalu, mereka mendesak agar susur keluar ke kawasan mereka dibuat dari KLKSE yang akan dibuka tidak lama lagi.
Sementara itu, Ahli Majlis MPS Zon 24, Zaidy Abdul Talib pula berkata, "Tujuan kita adakan mesyuarat ini bagi membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi menyelesaikan kemelut susur keluar-masuk lebuhraya KLKS yang dihadapi oleh penduduk dan pengguna lebuhraya disini”. (Gambar: Zaidy melihat jambatan yang dibina untuk menghubungkan KLKSE ke bandar Tasik Puteri)
“Alhamdulilah semenjak jaawatankuasa pemantau ini ditubuhkan hasil daripada dialog bersama rakyat pada pada 24 Oktober 2010 yang lalu, kita telah adakan sebanyak tiga kali mesyuarat bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh penduduk disini.
"Sebulan selepas itu mesyuarat kali pertama pada 24 november 2010 dan pada 26 januari 2011 mesyuarat ke2.
"Hasil perbincangan bersama ahli mesyuarat, kita telah pun membuat pemantauan turun padang ke tempat berkenaan bagi melihat tapak projek keluar masuk lebuhraya tersebut bagi memastikan status dan proses berjalan lancar seperti yang diperbincangkan," katanya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan