Rabu, 20 April 2011

PRU Singapura: PAP umum calon, Kuan Yew tanding lagi

THE MALAYSIAN INSIDER

SINGAPURA — Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura menyenaraikan kesemua calon mereka bagi 12 kawasan Pilihan Raya Keanggotaan Tunggal (SMC) dan 15 Kawasan Pilihan Raya Kumpulan (GRC) malam tadi.

Sebelum ini PAP tidak pernah mengumumkan senarai nama calon sebelum hari penamaan calon, walaupun anggota jawatankuasa eksekutif pusat parti menegaskan perubahan sebelum hari penamaan calon mungkin berlaku, lapor Channel News Asia.

Bernama Online melaporkan, Saluran televisyen tempatan itu yang memetik laman web itu berkata berkata Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menerajui calon PAP di GRC Ang Mo Kio, yang akan turut disertai oleh Yeo Guat Kwang, Inderjit Singh, Seng Han Thong dan muka baru Dr Intan Azura serta Ang Hin Kee.

Enam anggota GRC lain ialah di Pasir Ris Punggol, diketuai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Teo Chee Hean dan termasuk Setiausaha Parlimen Kanan Teo Ser Luck, Penny Low, dan tiga muka baru — Dr Janil Puthucheary, Gan Thiam Poh dan Zainal Sapari.

Lima anggota GRC lain ialah di GRC Marine Parade, diketuai Menteri Kanan Goh Chok Tong dengan pasukannya yang terdiri daripada Dr Fatimah Lateef, Seah Kian Peng dan calon baru Brigadier Jeneral Tan Chuan Jin dan Tin Pei Ling, calon PAP termuda berusia 27 tahun.

Menteri Mentor Lee Kuan Yew mengesahkan akan mengetuai PAP di GRC Tanjong Pagar dan beliau akan disertai oleh Indranee Rajah, Baey Yam Keng, Dr Lily Neo dan muka baru, Mejar Jeneral Chan Chun Sing.

Di GRC Bishan-Toa Payoh, Timbalan Perdana Menteri Wong Kan Seng bersama pasukannya terdiri daripada Menteri Pelajaran Ng Eng Hen dan penyandang jawatan Josephine Teo, Zainudin Nordin dan Hari Kumar.

Sementara itu, GRC West Coast akan diketuai Menteri Perdagangan dan Perindustrian Lim Hng Kiang dan turut disertai Menteri Negara Kanan S. Iswaran, Arthur Fong dan pendatang baru Foo Mee Har dan Lawrence Wong.

Di GRC Jurong, diterajui oleh Menteri Kewangan Tharman Shanmugaratnam bersama-sama penyokong kesatuan sekerja Halimah Yacob dan tiga muka baru — Desmond Lee, Ang Wei Neng dan David Ong.

Di GRC Aljunied, pasukan itu akan mempunyai dua Menteri — Menteri Luar Singapura George Yeo dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Lim Hwee Hua — bersama-sama dengan Menteri Negara Kanan, Zainul Abidin Rasheed, penyandang jawatan Cynthia Phua dan muka baru penyokong kesatuan sekerja Ong Ye Kung.

Tiada ulasan: