Jimadie Shah Othman
Akhbar pagi biasanya dibaca ketika bersarapan dan sebelum memulakan kerja; tetapi, di sesetengah bahagian di Sarawak, selepas makan tengah hari pun, akhbarnya masih belum tentu tiba.
Menurut penduduk tempatan, kecuali di bandar besar seperti Kuching, Sibu, Miri dan Sarikei, di tempat-tempat lain, terutamanya di kawasan pedalaman masih berdepan dengan kesukaran mendapatkan maklumat dan perkembangan isu semasa.
Pengalaman penulis sendiri di pekan kecil Pusa, dalam parlimen Batang Lupar semalam mendapati, tidak banyak kedai menjual akhbar dan biasanya tiba paling pada jam 12.00 tengah hari.
Tetapi, setelah menunggu sehingga jam 2.30 petang, akhbar masih belum tiba ke kawasan itu.
Difahamkan, masalah pengangkutan dan jarak tempatnya yang jauh menjadi faktor penyumbang kepada masalah itu. Ditambah lagi keadaan jalan rayanya yang menghubungkan bandarnya kecil dan mempunyai dua lorong sahaja.
Jika pemanduan dilakukan pada masa malam atau awal pagi lebih merbahaya apabila banyak lori balak melaluinya dan lampu jalan juga jarang-jarang kelihatan.
Lebih menakutkan, sebahagian besar tempat yang dilalui hanya di kelilingi hutan atau ladang kelapa sawit sahaja.
Dalam pilihan raya kecil negeri kali ini, masalah perkongsiang maklumat itu terus menghantui petugas Pakatan rakyat yang banyak didatangkan daripada semenanjung.
Menurut mereka, medium di Bumi Kenyalang amat terbatas apabila kaedah tradisional mereka yang berhubung dengan pengundi melalui ceramah juga tidak begitu popular di situ.
"Budaya orang sini, paling lama pun boleh buat ceramah sampai jam 10 malam sahaja," kata mereka ketika ditemui Malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan