KEADAAN jalan raya Kg. Kalampun yang licin dan becak. |
KENINGAU: Berpuluh murid sekolah serta guru-guru terkandas, selepas kenderaan yang mereka naiki tidak dapat melalui sebatang jalan raya yang licin dan becak, di Kg. Kalampun.
Menurut jurucakap penduduk, Sambikin Supitang, 58, keadaan itu telah berlarutan sejak beberapa bulan yang lalu menyaksikan ramai murid-murid terpaksa memilih untuk tidak bersekolah.
“Guru-guru yang tinggal di bandar Keningau turut berbuat demikian,” jelas Sambikin.
Beliau berkata, kawasan licin dan becak yang berlaku di sepanjang 0.5Km itu telah berulang kali diadukan kepada pihak berkuasa tempatan, namun sehingga kini belum mendapat reaksi yang positif.
“Penduduk benar-benar tertekan dengan keadaan ini,” tambah penduduk itu dan meminta pihak berwajib untuk menanganinya dengan segera.
Beliau meminta supaya jalan raya itu dinaiktaraf, selain membaiki sebatang jalan raya sejauh 2km yang menghubungkan Kg. Inandung dengan jalan raya utama.
Sambikin turt meminta pemilik ladang kelapa sawit yang beroperasi di pesisir Dalit supaya turut memainkan peranan untuk menyelanggara jalan raya tersebut.
Kepada satu soalan yang lain, Sambikin memberitahu, wakil rakyat Sook pada asasnya menyedari masalah tersebut.
“Cuma apa yang kami tahu, tidak ada tindakan dibuat sehingga kini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan