Jumaat, 1 April 2011

MIC tangguh pemilihan hadapi PRU13

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – MIC, satu lagi komponen Barisan Nasional (BN), hari ini memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti, yang sepatutnya diadakan tahun depan sehingga pilihan raya umum ke-13 selesai.

Perkara ini diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC malam ini bagi membolehkan parti membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum.

“Bagi membolehkan parti membuat persiapan, parti memutuskan untuk menangguhkan pemilihan semua peringkat sehingga pilihan raya umum selesai diadakan,” kata Presiden MIC Datuk G Palanivel (gambar) selepas mempengerusikan mesyuarat ketiga CWC sejak beliau mengambil alih kepimpinan parti Disember lalu.

MIC mengadakan pemilihan tiga tahun sekali pada September 2009 di mana Palanivel mempertahankan jawatan timbalan presiden.

Palanivel menggantikan Datuk Seri S Samy Vellu akhir tahun lalu.

Desas-desus menyebut pilihan raya umum tergempar akan diadakan tahun ini.

Bagaimanapun mandat semasa hanya akan berakhir April 2013.

Sebelum ini beberapa komponen BN termasuk Umno dan MCA telah menangguhkan pemilihan masing-masing sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum.

Tiada ulasan: