Parti itu berkata walaupun ia melalui proses pengurangan dan pemudahan kandungan beberapa kali sejak 1971, tetapi tidak dapat menukar jalan cerita dan isi kandungan yang mahu disampaikan.
“Isi kandungannya mempunyai unsur politik yang telah menimbulkan kemarahan ramai dan rasa tidak puas hati masyarakat berketurunan India dan Cina.
“Oleh itu, adalah lebih baik Kerajaan mencari jalan penyelesaian dan menggantikannya dengan buku yang bermutu dan tidak mempunyai unsur kontoversi,” kata ahli jawatankuasa eksekutif pusat KITA, Rashid Azad Khan dalam satu kenyataan.
Kata beliau, sikap Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri yang kelihatan mempertahankan Interlok pada awalnya tetapi kemudian terpaksa mengakui kecacatan Interlok lalu menubuhkan panel menilai kandungan novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain.
Semalam, Muhyiddin menegaskan bahawa novel itu akan terus digunakan dan tidak akan tunduk kepada desakan-desakan baru.
“Tetapi keputusan yang diambil tidak tegas dengan hanya mengumumkan akan meminda 19 perkataan atau perenggan yang didapati sensitif jelas menunjukkan bahawa pemurnian kandungan yang sepatutnya dilaksanakan sebelum novel ini dikritik tidak dilaksanakan.
“Malah, ramai beranggapan kementerian mengambil sikap sambil lewa dalam hal ini,” katanya.
Beliau menambah panel bebas mengkaji Interlok juga sebenarnya mencadangkan 106 perubahan yang jelas menunjukkan novel ini sememangnya bermasalah sebagai buku teks.
Sehubungan itu kata beliau, panel penilai yang memilih Interlok sebagai buku teks pelajar seharusnya juga telah memberi garis panduan jelas dan secukupnya kepada DBP merangkumi aspek-aspek yang dinyatakan sebelum ia dicetak dan diedarkan kepada pelajar.
“Saya yakin panel penilai menyedari hal ini jika ia berdasarkan kandungan dalam edisi asal. Interlok pastinya tidak sesuai atau layak dijadikan buku teks pelajar tingkatan lima. sekiranya ia dimurnikan terlebih dahulu.
“Lagipun, dasar memurnikan buku teks dalam apa jua mata pelajaran dengan nilai-nilai positif adalah menjadi ukuran utama sebelum sesebuah buku diluluskan sebagai buku teks,” katany
Tiada ulasan:
Catat Ulasan