Isnin, 25 April 2011

KENAPA KETEPIKAN SABAH DALAM NKRA?


Oleh: CHANG SHAK HUNG

HASIL Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk tahun 2010 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada bulan lalu, telah menampakkan pencapaian yang memberangsangkan melalui laporan Government Transformation Plan (GTP).

Salah satu NKRA yang dititikberatkan adalah mempertingkatkan pengangkutan awam di bandar. Menerusi laporan tersebut, kejayaan demi kejayaan telah tercapai dan antaranya adalah pembinaan dan penyempurnaan Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan, pengenalan perkhidmatan lima buah Bus Expressway Transit (BET), penaiktarafan sebanyak 634 buah perhentian bas di Sepang, Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Selayang, Ampang Jaya dan kajang serta 22 set tren gerabak baru telah diperkenalkan di LRT aliran Kelana Jaya yang telah membawa 2.43 juta penumpang sepanjang tahun 2010.

Adakah ini dikatakan Malaysia telah mencapai NKRA yang menyeluruh di dalam negara ini sedangkan kejayaan yang dicapai ini hanya berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor sahaja?

Di manakah tanggungjawab kerajaan BN dalam menjaga keperluan dan kehendak rakyat sedangkan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri mahupun kawasan Parlimen mempunyai wakil rakyat dari Barisan Nasional?

Untuk mempertingkatkan pengangkutan awam di bandar ini, Sandakan merupakan salah satu contoh yang baik untuk menunjukkan kerakusan pihak wakil rakyat yang telah meminggirkan keperluan penduduk Sandakan dari segi penyediaan kemudahan terminal bas untuk bas express yang ‘berpangkalan’ di tapak letak kereta padang Batu 2 ½, Jalan Utara.

Tidak ada komitmen langsung daripada pihak kerajaan dalam menyediakan terminal bas untuk kemudahan penduduk memandangkan ramai warga Sandakan yang berpendapatan rendah yang menggunakan perkhidmatan bas express untuk menuju ke Kota Kinabalu, Tawau dan Lahad Datu.

Sandakan pula berhadapan dengan keperluan yang mendesak bagi mewujudkan sistem pengangkutan awam yang bersepadu, menyeluruh, berharga patut dan selesa dari segi kemudahan yang disediakan.

Kerajaan sering mengatakan bahawa kepesatan sesuatu kawasan akan membolehkan ramai penduduk untuk berhijrah ke kawasan berkenaan. Adakah ini menunjukkan penduduk di Sandakan ini harus berhijrah ke Kuala Lumpur atau Selangor untuk menikmati kemudahan pengangkutan awam yang jauh lebih selesa sedangkan ketiadaan terminal bas express di Sandakan seolah-olah hanya satu komitmen yang dijanjikan hanya pada pilihanraya umum?

Perlu diingat bahawa penduduk di Sandakan tidak harus dipinggirkan dalam semua aspek terutamanya yang melibatkan kemudahan dan keperluan yang membolehkan penduduk Sandakan menikmati arus pembangunan supaya tidak memberi alasan penduduk Sandakan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur dan Selangor.

Sudahlah Sandakan tidak mempunyai komuter atau LRT mahupun kemudahan perhentian bas yang sistematik, mengapa pihak berwajib yang merangkumi pelbagai agensi kerajaan tidak menempatkan bas-bas express ini ke satu lokasi yang strategik dan memberi keselesaan kepada para penumpang bas berkenaan?

Jangankan mahu menaik taraf perhentian bas, lokasi perhentian bas belum ada, tidak terurus serta tempat menunggu penumpang dan kaunter pembelian tiket bas hanya dilakukan di bawah panas matahari terik dan hujan sekiranya musim hujan.

Bukan itu sahaja, ketiadaan tempat letak kereta untuk menurunkan penumpang serta tempat menunggu bas telah menunjukkan betapa peritnya para penumpang bas express untuk ditanggung hasil daripada ketidaktelusan pihak kerajaan yang kononnya ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Slogan tetap tinggal slogan sahaja kerana agensi pelaksana masih tebal dengan ‘Rasuah’!

34 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Harap perhatian akan diberikan kepada Sabah dalam apa jua program pembagunan.

Mohd Ishak berkata...

Sabah juga memerlukan pembagunan. Harap jangan ketepikan Sabah.

Lucas berkata...

ini perkara serius & patut diambil tahu oleh pihak2 yg berkaitan, terutamanya pihak berkuasa tempatan di Sandakan....

Smookiekins berkata...

Harap2 program ni tidak mengetepikan Sabah.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan perlu memberikan pembangunan yang seimbang dan adil kepada semua negeri termasuklah Sabah.

Tanpa Nama berkata...

harap-harap masalah yang berlaku di Sandakan ini mendapat perhatian kerajaan dan dapat diselesaikan dengan segera.

mandau berkata...

Sabah juga perlu diberi perhatian dalam NKRA. masalah seperti ini bukan sahja berlaku di Sandakan, tetapi juga di kawasan lain.

Unknown berkata...

Jangan ketepikan Sabah dalam NKRA. Sabah juga memerlukan pembagunan.

Tanpa Nama berkata...

mempertingkatkan sistem pengangkutan disemua bandar di negara ini memerlukan pelaburan yang besar dan berjangka panjang.

Tanpa Nama berkata...

walaupun KL dan Selangor adalah kawasan yang paling padat di Malaysia, negeri2 lain terutamanya Sabah dan Sarawak tidak patut diabaikan dalam menerima impak pembangunan.

Tanpa Nama berkata...

jangan sesekali mendefinisikan pembangunan itu hanya layak di kawasan2 yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Tanpa Nama berkata...

setiap kawasan samada di bandar atau luar bandar perlukan pembangunan. byj lagi kawasan2 di sabah yang perlukan pembangunan. kawasan2 ini tak harus dipinggirkan.

songkilou berkata...

Bukankah apa sahaja yang berkaitan dengan bas, lokasi bas dan sewaktu dengannya dikendalikan oleh majlis perbandaran?

songkilou berkata...

Kalau boleh pergilah bertanya dulu di majlis perbandaran status bas dan lokasi bas ini. Saya pasti mereka mesti mempunyai jawapan itu.

Tanpa Nama berkata...

hanya sesetengah kawasan sahaja yang menikmati pembangunan di bawah NKRA..

Tanpa Nama berkata...

diharap sabah tidak disisihkan.

Paquin berkata...

Betul songkilou. Jadi kalau ada persoalan berhubung dengan isu bas, panjangkanlah kepada MPS dulu.

Paquin berkata...

Namun dalam aspek NKRA, rasanya Sabah memang perlu doberi perhatiabn lebih.

Paquin berkata...

Perkara yang telah dibangkit menerusi artikel ini patut diberi perhatian sewajarnya oleh pihak-pihak yang berkaitan.

Paquin berkata...

Jangan dibiarkan saja, nanti masyarakat Sabah terasa disisihkan pula. hehe

Paquin berkata...

Apapun kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Harap semuanya OK.

joey berkata...

harap pembangunan yang diharapkan oleh rakyat Sabah akan dapat ditunaikan.

Hosie Masie berkata...

Mungkin ada benarnya artikel ini. Kebanyakkan projek ini tertumpun di Semenanjung, bagaimana dengan Sabah dan Sarawak. Harap kedua negeri ini juga perlu menjadi tumpuan.

Sanih Alias berkata...

Harap masalah ini akan dapat diselesaikan. Sabah masih perlu dibangunkan. Kita boleh nampak perbezaan ketara dari segi pembangunan Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Unknown berkata...

I don't think the government has neglected us.

onong berkata...

Mungkin ada kecuaian di mana2.Jangan pula cakap kerajaan tak bagi dana yang cukup.

unknown berkata...

Never doubt on the government's effort.

Velove berkata...

Kadang2 rakyat yang mengetepikan pemberian kerajaan.

Ezef berkata...

Well, I certainly hope that the case will be solved once and for all.

kb girl berkata...

Kenapa semua data yang diumumkan tidak mempunyai nama Sabah? Berapa peratus hasil negara yang disumbang oleh Sabah?

Unknown berkata...

Sekian lama Sabah dianak tirikan, bilakah anak tiri ini yang banyak menyumbang akan dihargai?
Bangkitlah Sabahan.

kb girl berkata...

SAbah sebagai negeri yang banyak menyumbang dalam pendapatan rakyat tidak harus diketepikan dalam pembangunan negara.

Unknown berkata...

Sabah berhak menikmati pembangunan yang lebih pesat.
Semenanjung harus menumpukan lebih perhatian di Malaysia Timur.

Unknown berkata...

Pemimpin dari Sabah terutama yang empunyai profil dalam kabinet disaran lebih berani menyuara untuk kebaikna Sabah.