Khamis, 7 April 2011

Kematian Sarbini Menenggelamkan Isu Video Lucah

MSO

Apa nak jadi dengan negara ini? Mungkinkah ianya angkara sumpah laknat yang pernah dilafazkan oleh rakyat negara ini tidak lama dulu. Kesan sumpah laknat adalah teruk dan dahsayat sekali. Kecelakaan tidak saja akan menimpa kepada orang yang melafazkan sumpah, tetapi ia juga akan menimpa seluruh penduduk negeri di mana orang yang membuat sumpah berkenaan mukimi.

Makanya jarang orang suka-suka untuk bersumpah laknat. Laknat ertinya kalau apa yang diakui atau diikrar itu tidak benar dan tidak betul, Allah akan melaknat orang berkenaan dan seluruh penduduk di dalam negaranya dengan satu keaiban dan keazaban yang tidak terfikir.

Apakah sumpah laknat itu kini sedang memakan korbannya? Kejadian terbaru yang menimpa negara hari ini sungguh mengerikan, seorang pengarah kanan Jabatan Kastam DiRaja (JKDM) Ahmad Sarbini Mohamed mati kerana dikatakan terjatun dari bangunan SPRM di Jalan Conceren di Kuala Lumpur apakah ada kena mengena dengan sumpah laknat itu?

Mayatnya dijumpai jam 10:15 minit pagi ini. Menurut laporan beliau datang ke pejabar SPRM untuk menemui seseorang tanpa membuat temu janji. Beberapa hari lalau beliau ditahan dan disiasat oleh SPRM berhubung kehilangan wang berbillion ringgit. Beliau adalah termasuk 62 pegawai Kastam yang ditahan untuk siasatan berhubung kehilangan wang berkenaan.

Biarlah kita jangan membuat andaian dan mengemukakan teori tertentu di sebalik kematiannya itu. Mungkin selepas ini sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian itu. Kalau kematian misteri itu dibiarkan begitu saja tanpa dipertikaikan oleh mana-mana pihak rasanya tidak adil. Sebab kemetian Teo Beng Hock diperlakukan demikian rupa sehingga tertubuhnya suruhanjaya bebas. Kita tunggu Ngo mana akan bangkit dan lantang membela kematian itu?

Kita tunggu apakah hasilnya nanti.

Tetapi apa yang hendak diperkatakan di sini ialah rentetan kejadian itu. Dunia dan negara masih panas dan belengah dengan isu video lucah yang cuba dikaitkan dengan Anwar Ibrahim tiba-tiba Sarbini pula jatuh terlentang di gelanggang badminton. Kenapa?

Sedikit sebanyak peristiwa itu melenyapkan sektika ivu video yang sudah pun menemui jawabannya; bahawa watak dalam video berkenaan dikenali bukan Anwar Ibrahim. Wan Azizah sendiri mengesahkan bahawa watak itu bukan Anwar. Begitu juga dengan sesetengah pakar dalam pembikinan filem dan kreatif dalam mengubah filem, meragui akan watak itu Anwar Ibrahim.

Bagaimana pun kata Nazri Aziz, Azizah tidak layak untuk mengesahkan itu bukan Anwar kerana Azizah ada kepentingan. Anwar adalah suaminya. Maka di sini saya cadangkan supaya Narzi menayangkan video berkenaan kepada Rosmah dan Umi Aflida Ali biar mereka yang membuat kajian kemudian mengesahkan siapakah yang sebanarnya. Bukankah Nazri sangat mengharap video berkenaan akan mendatangkan kesan dan impak besar untuk negara ini.

Panggilah kedua wanita itu dan tonton video berkenaan kemudian buat kenyataan. Kalau tidak cukup dengan itu panggil juga para pemimpin apa dinamakan Ngo Perkasa, saksi kemudian buat kenyataan. Kalau tidak cukup lagi panggil sama Mahathir Mohamad, Muhyuddin dan Najib untuk menjadi juri-jurinya.

Dengan apa yang berlaku ke atas Sarbini hari ini ia merupakan satu bala kepada negara ini. Apakah kejadian itu ditakdirkan demikian untuk menutup dan meredakan perbicaraan umum terhadap video. Perancangan Tuhan lebih sofisikated. Ternyata selepas tersemburnya berita kematian pegawai Kastam itu pagi ini disegenap sudut dan jerung orang memperkatakannya. Apa lagi kejadian yang sama pernah menimpa seorang warga negara ini bernama Teoh Beng Hock.

Mungkin takdir menimpa Beng Hock boleh dianggap kes terpencil, tepi kalau dalam masa tidak sampai 1,000 tahun berlaku satu lagi kes sama menyebabkan orang tertanya tanya, tertanya tanya dan tertanya tanya. apa dah jadi dengan negara ini? Saya tidak mahu mengatakan SPRM berhantu atau sebaliknya, tetapi kenapa Tuhan memilih perkarangan atau pejabat agensi penguatkuasa rasuah itu untuk menerima mayat Sarbini.

Begitu juga apabila fitnah dilakukan berturut-turut ke atas Anwar menyebabkan orang tidak percaya kepada ketulinannya. Atau ia sengaja dilakukan Anwar secara hetrik begitu untuk mengelirukan pandangan umum? Maka bijaklah Anwar. Sebab itu saya katakan kalau hendak berbuat sesuatu jangan melampau kerana kalau melampau ia akan memakan diri. Yang jelasnya kematian Sarbini dan penayangan vodeo lucah itu ada hikmah yang perlu direnungi dan jadikan iktibar.

Percaya dan yakinlah perancangan jahat oleh sesiapa pun ia tetap dalam pemerhatian Tuhan dan Dia akan mempertimbangkan sebagai mungkin akan natijah dari perancangan itu. Isu video lucah yang diperniagakan hari ini dipintas oleh isu kematian Allahyarham Sarbini itu. Al Fatihah untuknya sekali.

Tiada ulasan: