BULETIN ONLINE
KUALA TERENGGANU - Kecenderungan bukan Melayu terutamanya kaum Cina mengundi untuk pembangkang adalah terbentuk kerana perjuangan Umno yang bersifat perkauman atau 'rasis'.
Oleh itu, menurut Pengerusi Penaja Dewan Himpunan Penyokong PAS negeri Terengganu Dr. B. Chandran, kaum bukan Melayu telah hilang kepercayaan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Trend orang-orang bukan Melayu, Cina dan India, terutamanya kaum Cina mengundi pembangkang bukan salah pembangkang, tapi salah Umno dan BN sendiri,
"perjuangan Umno dan parti-parti komponen, MCA dan MIC, adalah perjuangan berasaskan kaum (perkauman) yang rasis,"katanya ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Kuala Nerus, Muhamad Ramli Nuh.
Oleh yang demikian, Chandran menasihatkan Ramli supaya tidak membazirkan masa dan wang ringgit untuk mencari kaedah dan memujuk kembali kaum Cina.
Beliau yakin kekecewaan bukan Melayu khususnya kaum Cina tidak akan terubat dan mereka tidak akan kembali menyokong Umno dan BN.
Dr, Chandran (Gambar kiri) mengingatkan kembali, Ramli Nuh sendiri adalah seorang 'rasis' yang telah menakut-nakutkan orang Melayu daripada orang-orang Cina ketika berucap disebuah sekolah di Kual Nerus tidak lama dulu.
"Ramli itu sendiri pun 'rasis' dia takut-takutkan orang Melayu dengan kata orang Cina adalah komunis, dia guna sentimen bangsa untuk raih sokongan politik,
"padhal parti DAP itu berdaftar dengan kerajaan Malaysia, kerajaan izinkan, bermakna bukn komunis,"tegas Chandran
Beliau berkata, di negeri Terengganu orang-orang bukan Melayu dan non-muslim kini lebih percaya kepada PAS daripada Umno-BN kerana pemerintahan PAS pada tahun 1999-2004 telah menunjukkan banyak teladan yang baik.
Katanya, walaupun DAP di Terengganu nampak lemah tetapi parti tersebut bekerjasama dengan PAS sejak dari zaman Barisan Alternatif sehingga Pakatan Rakyat sekarang.
"DAP Terengganu walaupun dianggap lemah oleh UMNO tetapi kekuatan mereka adalah kerana bekerja rapat dengan PAS sejak zaman BA dan sekarang PR untuk menegakkan keadilan dan membanteras rasuah,"jelasnya.
Umno dan BN tidak boleh diharapkan lagi, katanya, kerana bergelumang dengn penyelewengan dan rasuah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan