Gelanggang sudah dibuka. Tarikh mengundi bagi hampir Sejuta Pemileh diSarawak telah ditetapkan akan berlangsung pada 16 April ini. Walaupun ia telah diheret hingga keakhir tempoh Penggal, keghairahannya masih memuncak.
Pada sidang Penamaan Calun jelas menunjukkan rakyat Sarawak “means business“. Seramai 213 Calun berdaftar merebut 71 Kerusi Dewan Undangan Negeri. Satu rekod tercipta dimana tidak ada satu kerusipun dimenangi oleh BN tanpa bertanding seperti lazimnya.
Daripada beberapa petunjuk awal saya meramalkan Barisan Nasional didalam keadaan yang amat sukar untuk membentuk Kerajaan Baru. Walaupun sudah menjalani 9 kali Pilihanraya Negeri sebelum ini yang masih dicanang adalah politik pembangunan. Ini menunjukkan mereka gagal dalam aspek tersebut. Keduanya adalah soal memileh calun. Semasa sidang akhbar mengumumkan calunpun BN masih belum 100 % bersedia. Calun bagi N. 70 Ba` kalalan masih misteri. Apa yang dapat dilihat bukannya BN kekurangan pemimpin berkaliber untuk diletak disitu. Persoalannya yang hebat-hebat tidak sanggup berdepan dengan calun Parti Keadilan Rakyat Baru Pian. Sebagai buktinya Senator Idris Jala pun mengumumkan yang beliau tidak bertanding disitu. Beliau membayangkan untuk kembali kedunia korperat.
Lebih menguatkan hujah, jika setiap parti pembangkang berjaya memenangi separuh dari jumlah kerusi yang ditandingi jumlah yang akan mereka perolehi sekurang-kurangnya 36 kerusi. Pecahannya adalah seperti berikut:
i. SNAP bertanding 27 kerusi dan dijangka boleh menang sekurang-kurangnya 13
ii. PKR yang bertanding satu lawan satu dengan BN di 22 kawasan dijangka boleh menang 10 kerusi
iii. DAP yang bertanding 13 kawasan dijangka tidak ada masaalah untuk memenangi sekurang-kurangnya 10 kerusi
iv. PAS yang bertanding dikawasan-kawasan cerah besar kemungkinan akan dapat menawan sekurang-kurangnya 3 kerusi
Satu faktor besar yang sangat jelas Barisan Nasional sukar membentuk kerajaan baru ialah faktor kepimpinan negeri mereka. Taib Mahmud dicabar sengit oleh dua calun yang masing-masing memiliki pengaruh dikawasan tersebut. Jika rakyat berpuashati dengan pimpinannya selama ini sudah tentu beliau boleh memenangi kerusi tersebut tanpa bertanding.
Akhirnya, jika ada mana-mana pihak yang percaya “ Iklan Video Seks “ sebagai extra mileage haraplah dilupakan saja. Kerana ianya segera akan luput seperti tamatnya tempoh “airtime” bagi handphone-handphone kita walaupun baki kreditnya masih banyak. Headline besok akan bertukar mengenai berita kematian ngeri pula.
http://ahmadzawawi.wordpress.com
Sabtu, 9 April 2011
Bn Sukar Bentuk Kerajaan Sarawak?
Ahmad Zawawi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan