Rabu, 20 April 2011

Azizah: PKR tak mahu ditipu wakil rakyat lompat parti

THE MALAYSIAN INSIDER


Dr Wan Azizah berkata PKR ingin memastikan pengalaman seperti di Perak tidak berulang lagi. — Gambar fail

KUALA LUMPUR — Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berhadapan dengan tindakan melompat parti beberapa ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sejak awal 2009 tidak mahu tertipu sekali lagi dan mahu “memperketatkan” proses pemilihan calon, kata presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sehubungan kata Dr Wan Azizah, hanya mereka yang menghargai perjuangan PKR akan diturunkan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Kata beliau, partinya telah melalui pengalaman pahit akibat tindakan wakil rakyat-wakil rakyat yang melompat parti dan menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) kehilangan Perak.

“Kami akan memastikan kami tidak ditipu sekali lagi dalam pilihan raya umum akan datang,” kata beliau, dipetik The Star Online, dalam ucapannya pada majlis sambutan ulang tahun ke-11 PKR Perak di sini malam tadi.

Pakatan Rakyat kehilangan kuasa kerajaan negeri Perak selepas Adun PKR Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Jailu bersama Adun DAP Datuk Hee Yit Foong meninggalkan parti masing-masing untuk menjadi anggota mesra Barisan Nasional.

Selain dua Adun itu, PKR juga kehilangan Adun dari Kedah dan Selangor.

Selain itu, PKR juga kehilangan lima ahli Parlimen manakala seorang lagi dipecat kerana masalah disiplin.

Tiada ulasan: