Isnin, 17 Januari 2011

Waris SMUE terima bayaran fasa ke-2

SELANGOR KINI

Dr Rani bergambar bersama penerima Skim Mesra Usia Emas fasa ke-2 Daerah Klang

SHAH ALAM – Seramai 69 waris penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) menerima bayaran fasa kedua pada Majlis Bayaran Faedah SMUE Daerah Klang yang berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Sungai Pinang semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abd Rani Osman berkata, sejak SMUE diperkenalkan pada Ogos 2008, seramai 17,802 pewaris telah menerima bayaran tersebut di seluruh negeri ini.

“Kali ini, 16 pewaris dari Meru, 41 dari Sementa dan 32 dari Sungai Pinang hadir bagi menerima baki bayaran RM 1,500 yang dijanjikan kerajaan Negeri.

“Ia melibatkan peruntukan sebanyak RM 42.18 juta dan pemberian ini jelas membuktikan kerajaan negeri tidak pernah berbohong apatah lagi mengambil hak rakyat.

“Apa yang diperoleh akan dikembalikan semula kepada rakyat walaupun ada pihak tertentu yang memanipulasikan perkara ini,” katanya.

Menurutnya, wang diperoleh ini harus digunakan untuk membantu meningkatkan taraf hidup keluarga masing-masing.

Tiada ulasan: