Rabu, 26 Januari 2011

Sidang DUN bukti PR ikhlas: Anwar

SINAR HARIAN ONLINE

SHAH ALAM - Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin adalah satu bukti kesungguhan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) untuk mempertahankan semangat raja perlembagaan di negara ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya rakyat dinegara ini memilih untuk mempertahankan prinsip perlembagaan, Institusi Raja-raja, pemimpin yang dipilihan dan rakyat perlu dihormati.

Menurutnya, tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) memindan perlembagaan pada tahun 1993 telah menolak keseluruhan prinsip raja berlembagaan itu.

”Kedudukan kami (PR) ada untuk menghormati prinsip raja berpelembagaan, kuasa dan hak raja-raja Melayu perlu dihormati dan disanjungi.

”Kalau kita pilih raja berpelembagaan, kedudukan raja-raja itu perlu dimuliakan dan dimartabatkan, kuasa pimpinan dan rakyat yang mendapat mandat harus juga dihotmati,” katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri program ‘Luncheon Talk’, semalam.

Menurutnya, Sidang DUN yang berlangsung kelmarin adalah satu usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk memperbetulkan pindaan perlembagaan pada tahun 1993.

”Inilah yang dipertahankan dalam perimbangan kuasa kepada rakyat, kuasa kepada negeri dan menteri besar manakala di persekutusan kuasa kepada kerajaan dan perdana menteri.

”Tetapi untuk menolak sama sekali apa juga kedudukan formal yang dimuliakan seperti yang berlaku pada 1993, pastinya tidak akan dapat mempertahankan semangat perlembagaan itu,” katanya.

Kelmarin, Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan Sidang Khas DUN tuntuk meminda perlembagaan negeri bagi melantik tiga pegawai Kerajaan Negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang.

Tiada ulasan: