Rabu, 26 Januari 2011

Roboh gerai penduduk di Tenang : Umno semakin sombong , berlagak dan kejam

PASPB

Kerana bilik gerakan terlindung gerai jadi mangsa

LABIS, 26 Jan: Kerana bimbangkan bilik gerakan mereka terlindung oleh sebuah kedai di Felda Tenang, kedai makan milik seorang peniaga ikan telah dirobohkan baru-baru ini.

(GAMBAR ATAS: BONGKAK...Keadaan tapak kedai selepas dirobohkan iaitu gambar pada 23 Januari. Semacam satu penyataan Umno berjaya menjajah tapak ini apabila bendera parti itu dipacakkan sekeliling tapak kedai yang disewa Norehan selepas dirobohkan.)

Kejadian yang berlaku pada 21 Januari lalu itu sampai kini masih tidak boleh dilupakan oleh Encik Norehan, 39 bersama isterinya. Ini kerana, kedai makan petang dan malam ini menjadi sumber rezeki utama bagi keluarga mereka.

Kedai tersebut telah disewa oleh Norehan dan dikendalikan oleh isterinya untuk berniaga kedai makan bermula petang (minum petang seperti goreng pisang, kuih muih dan sebagainya) sehingga malam (masakan panas).

Ia telah dirobohkan pada 20 Januari lepas tanpa pengetahuan mahupun perbincangan dengan Norehan dan isterinya selaku penyewa kedai makan tersebut apatah lagi diberikan pampasan yang sewajarnya.

(GAMBAR: SEDIH...Sampai kini, Norehan sedih dengan apa yang berlaku.)

"Saya penyewa di situ, sepatutnya paling-paling tidak pihak yang ingin merobohkan kedai saya mestilah meminta pandangan dan berbincang terlebih dahulu dengan saya sebagai tuan penyewa kedai," katanya.

Apabila ditanya bagaimana detik-detik situasi perobohan kedai makan tersebut dilakukan, Norehan dengan penuh kesal memberitahu "Jam 2 petang, seorang yang bernama En. Raub datang ke rumah saya dan mengarahkan supaya mengeluarkan barang-barang di kedai segera. Katanya, jentolak sudah siap untuk merobohkan kedai tersebut!," ceritanya.

Selepas bersiap-siap dan bergegas ke kedai makan tersebut, beliau amat terkejut dan sebab sekali apabila mendapati kedainya sudah dirobohkan semuanya! Alatan memasak dan barang-barang yang masih berada di dalam kedainya telah dilonggokkan di satu sudut tidak jauh daripada situ.

Kedai makan yang beroperasi dari petang sehingga malam dan dikendalikan oleh isteri beliau sendiri merupakan sumber penting pendapatan keluarga di samping beliau turut menjadi penjual ikan dan sayur-sayuran di Felda Tenang ini bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.

"Kedai saya diroboh tanpa diberi sebarang pampasan atau ganti rugi. Tahu-tahu, dah dirobohkan. Kejam! Saya dan isteri bersusah payah mencari sesuap nasi melalui hasil pendapatan dari kedai makan ini yang sudah beroperasi lebih kurang dua tahun.

"Walaupun sekadar menyewa, saya dan isterilah yang memasang wiring, memasukkan api air, memasang lampu dan kipas dan semua kelengkapan2 tambahan yang lain untuk kesempurnaan kedai makan ini. Belanjanya bukan sedikit," tambahnya dalam nada penuh kesal.


(GAMBAR: HAPUS...Pada 24 Januari, kesan-kesan tapak kedai ini ditimbus dengan batu dan pasir untuk memberi ruang kepada bilik gerakan Umno.)

Menurut Norehan, pendapatan bersih hasil jualan di kedai makan tersebut mampu mencecah RM80 hingga RM100 sehari.

Apabila ditanya beliau lagi, adakah isu perobohan kedai makan ini ada kaitannya dengan Pilihanraya Kecil yang sedang berjalan di DUN Tenang, beliau menjawab;

"Saya tak mahu komen lebih-lebih. Tetapi semua orang di Felda Tenang ini pun sudah sedia maklum bahawa kedudukan kedai saya terletak berhadapan dengan Bilik Gerakan Umno Cawangan Kolam Air. Ada khabar angin menyatakan, petugas-petugas Umno di sini berasa tidak senang apabila Bilik Gerakan mereka terlindung oleh kedai saya ini," beritahu Norehan.

18 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Harap Umno akan mengambil tindakan terhadap kakitangan mereka yang merobohkan gerai penduduk.

madd berkata...

harap penjelasan berhubung isu ini dapat diberikan.

tombolo berkata...

hal ini sebaikny perlu diperjelaskan agar tidak timbul salah faham.

Tanpa Nama berkata...

mgkin ada alasan tersendiri mengapa gerai itu dirobohkan, sebaiknya penjelasan diberikan.

Mohd Ishak berkata...

Bagaimana mereka hendak mendapat sokongan rakyat kalau melayan penduduk seperti ini?

Antanum berkata...

Tidak sepatutnya berlaku. Kena ada prosedur jika ingin bertindak demikian. Pihak bertanggungjawab perlu tampil untuk memberi penjelasan.

Antanum berkata...

PRU13 yang akan datang. Undian rakyat adalah berdasarkan kepada performance setiap parti.

nurfatihah berkata...

Sebaiknya bincang dengan penyewa kedai, bukannya dia berniaga secara haram. Perkara ini pasti memberi impak kepada penduduk Tenang.

nurfatihah berkata...

Sebolehnya saya berharap agar berita ini tidak benar tapi kalau memang benar berlaku, ada pihak perlu berhati-hati.

Tanpa Nama berkata...

pasti ada penjelasan disebalik insiden ini. dalam usaha umno memenangi hati pengundi2 Tenang, ditambah dengan kehadiran media serta ahli2 pembangkang, mustahil mereka melakukan perkara ini yang sepatutnya cukup difahami oleh mereka sebagai cubaan menjerat diri sendiri.

Sanih Alias berkata...

Mungkin persoalan akan timbul dengan tindakkan ini. Maka pihak berkenaan haruslah memberikan penjelasan kepada rakyat.

Tanpa Nama berkata...

tidak mustahil jika pembangkang yang melakukan kerja2 merobohkan gerai itu kerana pemilik tidak sempat berada ditempat kejadian. malah gerai itu telah 2 tahun beroperasi dan sekiranya umno mahu merobohkan pun bukan lah sukar untuk mereka berbincang memandangkan jarak Bilik Gerakan Umno hanya berhadapan dengan gerai itu.

Hosie Masie berkata...

Tindakkan yang tidak patut berlaku. Belum habis lagi PRK sudah menunjukkan kejahatan..sanggup meroboh hanya kerana terhadang oleh gerai tersebut. Apa pun harap penjelasan akan diberikan.

Paquin berkata...

aiks, menghairankan... Rasanya penjelasan terhadap hal ni harus diberikan.

Paquin berkata...

Semoga perkara ni dapat ditanggani dengan baik.

Unknown berkata...

Tidak mungkin Umno sanggup buat begitu. Takan Umno begitu bodoh untuk meroboh gerai penduduk apabila tarikh pilihan raya kecil dun Tenang akan diadakan tidak lama lagi.

Unknown berkata...

Kalau benar, gerai diroboh oleh UMNO, adalah baik untuk UMNO memberi penjelasan.

Unknown berkata...

Apapun, diharapkan rakyat Tenang akan membuat penilaian yang bijak. Undilah yang terbaik!