KOTA BHARU: Berikutan cadangan undi proksi, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) semakin dilihat membantutkan proses demokrasi di negara ini, malah ianya tidak standing dengan kematangan rakyat yang bijak memilih.
Pengerusi Jawatankuasa Forum Bersih 2.0, Dr Abdul Halim Yusof, pada sidang medianya berkata, SPR kini semakin keluar dari prinsip serta ruang lingkup tanggungjawabnya.
“SPR dengan jelas dilihat sebagai alat kerajaan untuk meneruskan hasrat sebagai pemerintah, walaupun asas demokrasi telah ditelanjangkan.
“Saya mewakili gabungan ngo Kelantan rasa kesal engan kenyataan Pengerusi SPR kelmarin yang mengatakan pihaknya sedang mengkaji sistem undi proksi bagi membolehkan seseorang pemilih boleh mewakilkan mana-mana individu yang layak pada hari pengundian,”ujarnya.
Menurutnya, cadangan itu menggambarkan SPR telah memekakkan teliga dan memejamkan mata terhadap tuntutan yang telah dicadangkan oleh pelbagai pihak yang juga diamalkan di peringkat antarabangsa.
Katanya, rakyat sudah menolak undi pos dan menuntut penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan dari pengundian berganda.
“Kini SPR cadangkan pula undi proksi yang miripnya lebih kurang undi pos, sama saja yang akan memberi manfaat besar pada kerajaan pemerintah hari ini,”ujarnya lagi.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan SPR agar tidak terus bermain silap mata serta memperbodohkan rakyat.
Tegasnya, rakyat kini sudah pandai menilai.
Semalam SPR mengemukakan cadangan untuk memperkenalkan sistem undi proksi bagi membolehkan seseorang pemilih boleh mewakilkan pihak lain untuk mengundi bagi pihaknya yang mendedahkan kepada segala kemungkinan penyelewengan dan salah guna. |
13 ulasan:
Menggunakan proksi bukan cara yang baik untuk mengundi.
Cara ini mungkin akan disalah gunakan. Cara yang terbaik adalah pengundi sendiri yang mengundi.
undi proksi tk patut dilakukan kerana undi tk patut diwakilkan. ini boleh menimbulkan penyelewengan semasa mengundi.
sistem undi proksi tidak harus dilaksanakan kerana secara jelas ianya melanggar prinsip demokrasi..
undi seseorang tidak harus diwakili oleh mana2 individu..SPR harus menolak cadangan undi proksi yang sama sekali boleh menyebabkan penyelewengan dan merugikan negara dan rakyat.
terpulang kepada seseorang itu untuk menggunakan haknya untuk mengundi atau tidak..yang pasti tidak boleh ada wakil..SPR seharusnya tahu asas ini.
Mungkin ada pro juga cara ni.. cuma bagi saya kemungkinan utk cara ni disalahgunakan pun agak tinggi juga. huhu
Apapun saya harap hal ni dapat ditanggani dengan bijak.
tujuan pembaharuan ini adalah untuk memastikan urusan pengendalian pilihan raya dapat dijalankan dengan cekap dan telus. malah, jika sistem itu diluluskan ia akan dijalankan dengan ketat supaya tidak dipertikaikan oleh mana2 pihak.
pembangkang sengaja menimbulkan spekulasi negatif bagi menggagalkan usaha SPR dan untuk mendapatkan sokongan simpati dari rakyat. apa pembangkang tahu pasal urusan pengendalian pilihan raya? lihat sahaja PKR yang tidak habis2 dengan konflik dalam setiap pemilihan. pembangkang mahu pilihan raya kali ini huru hara sebab itu mereka mahu halang apa sahaja pembaharuan.
Mungkin ada kebaikkan dan juga keburukkan terhadap perkara ini. Apa pun SPR perlu membuat kajian semula berhubung undian proksi ini.
Sepatutnya SPR bertindak mengikut lunas undang2 yang telah ditetapkan untuk mereka. Jangan terkeluar dari lunas undang2 dan melakukan kekacauan.
SPR harus bersikap lebih tegas dan berpegang kepada prinsip tidak memihak kepada mana2 parti. Jika SPR tersilap langkah maka kepercayaan rakyat terhadap SPR akan berkurangan.
Catat Ulasan