KUANTAN: “Kalau tak sanggup hadir sidang Dun, jangan bertanding.” Itulah intipati mesej yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) kepada para wakil rakyat yang gagal menghadirkan diri ke sidang Dun sehingga terpaksa mengakibatkan pilihanraya kecil berlaku.
Sambil menyelar wakil rakyat sedemikian sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral, Tuan Ibrahim berkata tindak-tanduk mereka turut menyebabkan duit rakyat dihabiskan dalam kegiatan rasuah yang berleluasa apabila pilihanraya kecil diadakan.
“Lain kali kalau tak sanggup menjalankan tugas asasi, jangan bertanding. Menyusahkan rakyat,” kata Tuan Ibrahim sebagai respon kepada karenah Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang akan mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi hari ini bagi mencabar keputusan Speaker Dun Selangor, Datuk Teng Chang Kim.
Terdahulunya, Teng mengisytiharkan bahawa kerusi Dun Pelabuhan Klang kosong apabila Badrul didapati gagal menghadiri sebarang sidang Dun untuk tempoh enam bulan bermula daripada 5 Julai 2010 tanpa alasan munasabah.
Namun begitu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar tidak bersetuju dengan Teng bahawa kuasa untuk mengisytiharkan sesebuah kerusi tersebut kosong berada di tangan Speaker dengan alasan bahawa Perlembagaan Persekutuan memberi mandat kepada badan pengendali pilihan raya itu untuk menentukan kekosongan sesebuah kerusi.
Sementara itu, Tuan Ibrahim turut menyelar tindak-tanduk wakil-wakil rakyat yang tetiba muncul kembali untuk mempertahankan kerusi Dunnya selepas diisytihar kosong.
“Mereka tidak sepatutnya bising setelah dapat notis kekosongan kerusi, baru sibuk nak ke mahkamah, nak saman, nak batal pengisytiharan. Ini kerja tak bermaruah bagi seorang pemimpin,” bidas Tuan Ibrahim.
Menurut Tuan Ibrahim, perkara yang sama turut berlaku di Dun Kota Seputih, Kedah di mana nasib Ketua Bahagian Jerlun Umno, Abu Hassan Sarip sebagai Adun masih tidak diketahui kerana mahkamah rayuan masih berdolak-dalih untuk meneruskan kes tersebut.
Tuan Ibrahim berkata kedua-dua kes merugikan para pengundi yang mengangkat kedua-dua pemimpin itu menjadi Adun, yang terbukti gagal menghadiri sidang DUN yang hanya diadakan “tiga ke empat kali setahun”. |
15 ulasan:
Ya, setuju dengan kenyataan ini. Calon yang malas menghadiri persidangan, tak perlulah bertanding dalam Pilihan raya.
Persidangan adalah masa yang terbaik untuk membawa masalah dan isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari cara penyelesaian. Kalau satu mesyuarat pun malas dihadiri, apa lagi mahu berkhidmat untuk rakyat?
Harap rakyat akan mengundi calon yang berkemampuan dan ikhlas berkhidmat untuk rakyat.
jika presatasi wakil rakyat tersebut tidak baik, lebih baik ia digugurkan. mereka ni tk harus dicalonkan lagi dalam pilihanraya.
setiap wakil rakyat perlu menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya termasuklah menghadiri sidang.
apa pun isu yang berlaku perlu ditangani dengan sebaiknya agar tidak merugikan mana-mana pihak terutamanya rakyat.
“Kalau tak sanggup hadir sidang Dun, jangan bertanding.”
Fully agree with Najib statement!
When election day comes, people must vote wisely.
sebagai wakil rakyat, kena menjalankan tanggungjawab dgn baik. jika tk mampu laksanakan lebih baik digugurkan.
Seharusnya wakil rakyat mesti menjalankan tugas dengan baik. Peraturan sebagai seorang wakil perlu diikut.
selepas ini setiap calon yang dipilih mestilah bebas dari sebarang bentuk penyakit dan dibawah umur 50 tahun. tanggungjawab sebagai wakil rakyat memerlukan mereka sentiasa memunyai kesediaan menghadapi masalah2 rakyat pada bila2 masa, tempat dan keadaan.
Badrul Hisham memenangi kerusi pelabuhan klang atas tiket PKR. jadi siapa yang pilih Badrul ketika itu kalau bukan PKR. oleh itu, rakyat perlu berhati2 dengan calon yang diketengahkan oleh pembangkang kerana kemampuan mereka hanya menonjol ketika kempen, atas pentas dan media, tetapi tidak dari segi tindakan.
Betul juga lah.. Tapi tak perlu lah selar pihak lain kerana yang paling penting ialah diri sendiri tahu mahu buat apa.
Apapun, rakyat haruslah membuat penilaian yang terbaik supaya pemimpin yanng diundi nanti adalah yang terbaik utk rakyat.
Betul, lebih baik kalau jangan menjadi wakil rakyat kalau persidangan pun malas nak menghadiri.
Catat Ulasan