Jumaat, 14 Januari 2011

KPDNKK DIGESA KAWAL HARGA BAWANG MERAH

SABAH KINI

MAHAL…Bawang yang ditunjukkan Suryanie, beratnya setengah kilo tetapi harganya RM9.90 yang dibeli di salah sebuah kedai runcit di Sandakan. Noraini (sisipan) menggesa KPDNKK menjalankan pemantauan berterusan.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

GARA-GARA kekurangan bekalan bawang merah, khususnya yang diimport daripada India, ramai di kalangan peniaga runcit di seluruh Sandakan mengambil kesempatan menaikkan harga bawang secara mendadak sehingga mencecah RM20.00 sekilogram.

Dalam tinjauan Krew Sabahkini.Net di beberapa premis peniagaan di Pusat Bandar Sandakan mendapati harga satu kilogram bawang antara RM18 hingga RM20 di pasaraya besar; manakala antara RM22 hingga RM25 di kedai runcit.

Seperti mana yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini bahawa bawang merah masih boleh didapati dari negara China, Filipina dan Thailand memandangkan harganya mungkin murah sedikit berbanding bawang yang diimport daripada India.

Namun sebahagian peniaga yang mengimport bawang merah daripada Thailand, Filipina dan China masih meletakan harga di paras tinggi walaupun kualiti grednya tidak sebaik mana bawang dari India.

Demikian dijelaskan sendiri oleh beberapa orang pelanggan, termasuk Ketua Biro Wanita Hal Ehwal Pemadam Sandakan, Noraini Sulung yang sempat ditemui berhubung isu kenaikan harga bawang merah.

Noraini berharap agar para peniaga yang mengimport bawang daripada tiga buah negara tersebut agar tidak mengambil kesempatan menaikan harga dengan sewenang-wenangnya kerana pihak kerajaan sudahpun memberi jaminan dan menasihati peruncit agar tidak berbuat demikian.

“Saya difahamkan punca kekurangan bekalan bawang merah ini adalah disebabkan India kini sedang dilanda bencana alam, lantas mereka tidak dapat membekalan bawang secukupnya ke negara kita,” jelas Noraini.

Selaku pelanggan, kata Noraini, beliau meminta kerjasama sepenuhnya daripada Kementerian Perdagangan Hal Ehwal Pengguna Sandakan agar dapat memantau dan seterusnya membuat serbuan mengejut ke kedai-kedai runcit termasuk Pasar Umum bandar ini bagi mengesan perilaku mereka yang menaikan harga bawang dengan sesuka hati tanpa memikirkan implikasinya.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tindakan tegas perlu diambil terhadap peniaga2 yang menaikkan harga barangan dgn sesuka hati.

Unknown berkata...

minta kerjasama rakyat memberi laporan di mana berlaku peniaga yang mengambil kesempatan menjual haga bawang dengan tinggi.

Tanpa Nama berkata...

pemantauan perlulah sentiasa dibuat bagi memantau harga barang.

Tanpa Nama berkata...

peniga perlulah bertanggungjawab dengan tidak menaikkan harga barang sesuka hati.

Mohd Ishak berkata...

Harap KPDNKK boleh mengawal harga barangan.

nickko berkata...

sekadar nasihat tanpa sebarang tindakan tidak akan membawa kesan seperti yang diinginkan. memang patut serbuan mengejut dilakukan ke setiap pasaraya atau kedia2 runcit bagi mengelakkan peniaga terus mengambil kesempatan menaikkan harga tanpa memikirkan beban yang terpaksa ditanggung oleh orang ramai.

nickko berkata...

kerajaan mampu menyelesaikan masalah kenaikkan harga barang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab jika kerajaan dapat menubuhkan pasaraya disetiap daerah khas untuk menjual barang2 kawalan atau keperluan harian rakyat. dengan cara ini tidak ada lagi kes orang tengah atau pemborong menaikkan harga sesuka hati.

Unknown berkata...

Peniaga2x tidak patut menaikkan harga barangan sesuka hati. Diharapkan pihak yg berkenaan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang menaikkan harga.

mike berkata...

pihak KPDNKK harus memantau perkara ini..

mike berkata...

kerjasama dari masyarakat dan KPDNKK adalah perlu agar perkara ini boleh dipantau dan diatasi.

Bujang Senang berkata...

Semoga harga bawang ini dapat di tangani oleh KPDNKK. Jangan sampai harga melambung tinggi.

Paquin berkata...

Sesedap rasa ja peniaga ni menaikkan harga.. huhu

Paquin berkata...

Semoga KPDNKK dapat menanggani perkara ini.

Antanum berkata...

Rakyat kena bersedia, suka atau tidak harga brang akan naik juga.