Lima orang anggota Parti Hak Asasi Manusia (HRP) ditahan dalam satu demonstrasi yang bertukar liar di tapak sambutan Thaipusam di Batu Caves pagi ini.
Sambutan berkenaan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini.
Lebih 20 orang anggota polis mula bertindak ke atas kumpulan berkenaan yang mengadakan demonstrasi itu bagi memprotes buku teks sastera Interlok.
Tindakan itu dilakukan ketika ketua penerangan HRP S Jayathas yang mengetuai kumpulan itu sedang membacakan satu kenyataan.
Pergelutan turut berlaku apabila peserta demonstrasi tersebut cuba membolosi kawalan polis berhampiran pintu pagar kuil.
Polis menahan Jayathas dan empat lagi anggota HRP dalam kejadian itu.
Kumpulan seramai 15 orang itu juga dilihat membawa poster antaranya dengan slogan "Mansuhkan Interlok", "Pemuda Tamil tidak sokong BN" dan "Kami mahu keadilan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan