Selasa, 25 Januari 2011

DUN Merlimau: SPR adakan mesyuarat khas jumaat ini

BERNAMA


KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat ini untuk membincangkan semua perkara berkaitan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau, Melaka.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria hari ini berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Jan lepas berhubung kekosongan kerusi itu.

Ini berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lepas.

“Satu kenyataan media oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi SPR yang (akan) memaklumkan mengenai tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian akan diedarkan kepada pihak media,” kata Kamaruddin dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan: