Selasa, 18 Januari 2011

Bekas penyelia kemas mengaku terima cek dan wang tunai RM15,000

SELANGOR KINI


SHAH ALAM – Seorang bekas penyelia Pusat Kegiatan Masyarakat (KEMAS) kawasan Sabak Bernam mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga pertuduhan menerima dua keping cek dan wang tunai berjumlah RM15,000 daripada seorang kontraktor, lapor Bernama.

Russ Soli Harun, 58, membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Tertuduh yang semasa kejadian bertugas sebagai Penyelia Kemas di Pejabat Kemas kawasan Parlimen Sabak Bernam didakwa menerima dua keping cek tunai berjumlah RM12,700 dan RM300 serta wang tunai RM2,000 yang dimasukkan ke dalam akaun BSN miliknya daripada Mohd Zaki Basar.

Ketiga-tiga kesalahan itu dilakukan di Bank Bumiputra Commerce Bhd cawangan Sungai Besar, Sabak Bernam, pada 27 Dis 2004 dan 4 Feb 2005.

Tertuduh yang ditangkap pada 25 Ogos 2006 didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Azhaniz Teh menetapkan 21 Feb ini untuk menjatuhkan hukuman dan membenarkannya diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ng Siew Wee sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Di mahkamah yang sama, seorang pemilik restoran mengaku tidak bersalah memberi suapan wang tunai RM2,000 kepada seorang penyelia keselamatan kanan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya kerana mencuri arus elektrik.

Kok Tak Chiang, 36, didakwa memberi suapan kepada Mohd Sanusi Zakaria di Restoran Syed Abu, 19 Jalan SS22/19, Damansara Jaya, Petaling Jaya, pada 1.30 pagi, 8 Julai tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Dia dibebaskan dengan jaminan RM7,500 serta seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 16 Feb depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari SPRM Siti Zakiah Che Man sementara tertuduh diwakili peguam Nik Mohd Hasrul Nik Hamdan.

15 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Kerjasama daripada semua pihak diperlukan untuk membanteras rasuah.

Anak Sabah berkata...

Kita sendiri patut menolak penerimaan rasuah ataupun pemberian rasuah.

tombolo berkata...

jgnlah kita menerima rasuah, wang rasuah tiada berkat.

Unknown berkata...

Sebaik-baiknya, jangan terima sebarang rasuah dari orang ataupun pemberian rasuah.

Paquin berkata...

Inilah yang berlaku jika terlalu tamak!

Paquin berkata...

Semoga perkara ini jadi pengajaran. Jauhkanlah diri daripada rasuah!

nickko berkata...

setelah undang2 yang sedia ada diguna pakai, dan setelah pelbagai kempen atau program dilaksanakan bertujuan untuk memerangi rasuah, sehingga hari ini Malaysia tidak pernah sunyi dari aktiviti rasuah. jelas semua usaha itu tidak membawa kesan positif.

nickko berkata...

mungkin aktiviti rasuah ini boleh ditangani jika mahkamah bersedia melaksanakan hukuman yang lebih tegas dan berat dari hukuman yang sedia ada hari ini.

Mohd Ishak berkata...

Jauhilah rasuah. Untuk menghapuskan kegiatan rasuah, perlulah bermula pada diri kita.

Bujang Senang berkata...

Sekarang ini, dapat dutit macam-macam boleh jadi. Maka berhati-hatilah dengan perkara ini.

Sanih Alias berkata...

Elakkan dan jauhkan diri dari rasuah..

zam berkata...

rasuah seharusnya dielakkan dan dijauhi. siapa yang bersalah haruslah dihukum.

elia berkata...

Untuk menghindari kejahatan, ianya mesti dimulakan dari diri sendiri.

elia berkata...

Jika kita berpegang untuk tidak melakukan kejahatan, saya rasa tidak akan berlaku perkara sedemikian. Tapi apakan daya kita hanya manusia biasa yang mempunyai pelbagai ragam dan nafsu. Apa yang boleh dinasihatkan, agar berpegang pada ajaran agama masing2 dan ingat bahawa semua ini hanya lah sementara.

nurfatihah berkata...

Mungkin hukuman menerima/ memberi rasuah patut dikenakan hukuman yang jauh lebih berat supaya rakyat takut untuk melakukannya. Contohnya negara China, yang menjalankan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah rasuah.