MALAYSIA KINIKes rasuah membabitkan menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo akan ditetapkan pada 6 hingga 24 Jun ini, kata hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohtarudin Baki.
Pada 6 Disember tahun lalu, Mohd Khir dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Shamsuddin pula didakwa mengikut seksyen yang sama dan dikenakan pertuduhan tambahan mengikut Seksyen 109 kerana membantu Mohd Khir melakukan kesalah berkenaan.
Mohd Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Kedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan