Khairil Abd Rahiim |
KUANTAN: PAS Pahang bertindak segera menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di daerah ini melibatkan beberapa kawasan ekoran hujan lebat sejak tiga hari lalu Ketua Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Saad bersama Amal Pahang telah mengambil inisiatif menyampaikan sumbangan kepada pemilik 30 buah rumah yang dinaiki air sehingga memusnahkan sebahagian harta mereka. Sehingga kini dilaporkan seramai 95 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Karang Darat. Antara kawasan yang telah ditengelami air melibatkan beberapa kawasan rendah di Sungai Karang Pantai, Seberang Balok, Pelindung Perdana dan kawasan sekitarnya. Ketika ini, jalan di KM 18 Jalan Gebeng-Kuantan turut ditenggelami air dan hanya dibuka kepada kenderaan berat. |
Sabtu, 1 Januari 2011
Banjir di Pahang: PAS mula salur bantuan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan