Ditulis oleh Te@M.IT
TENANG - "Kebanyakan masyarakat mengadu, apa yang dijanji oleh kerajaan Barisan nasional hanyalah janji-janji manis dan tidak ditunaikan. Lebih kesal adalah ahli majlis yang dilantik langsung tidak pernah turun melawat kawasan".
Menurut Naib Ketua DHPP, S.Surianarayanan aduan itu diperolehi pihaknya selepas meninjau kawasan-kawasan yang didiami masyarakat India di sini.
Selain itu, permasalahan besar yang hadapi pengundi di sini ialah memiliki kad pengenalan diri sebagai rakyat Malaysia.
"Mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah birokrasi dan juga dikehendaki menyediakan pelbagai dokumen yang merumitkan," jelasnya.
Walaupun ini punca masalah ini adalah kesilapan mereka sendiri masa lepas tidak mendaftar semasa kelahiran anak.
"Tetapi, apa yang diwar-warkan di media arus perdana tentang kemudahan mendapatkan kad pengenalan hanyalah retorik semata," selarnya.
Masyarakat India yang dilawati itu berharap suara mereka dapat didengari sekiranya Pakatan Rakyat memerintah nanti.
Tambah Surianarayanan, DHPP juga menjangkakan pertambahan undi dari masyarakat Dun Tenang dalam PRK ini.
DHPP yang turun memberi sokongan kepada calon PAS, Cikgu Mala itu mula berkempen sejak hari pencalonan lagi.
14 ulasan:
Seorang ahli majlis sepatutnya sentiasa turun padang untuk mendekati rakyat dan mendengar masalah dan suara hati mereka. Serta berusaha mencari akal untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang ramai.
Bagaimana nak menyelesaikan masalah rakyat kalau tidak pernah mengambil berat apa sebenarnya yang sedang dihadapi? Harap semua pemimpin, ahli majlis dan juga wakil rakyat akan berusaha menunaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.
jika ahl majlis kuran turun padang dan tidak memberi perhatian kepada rakyat, keyakinan rakyat akan semakin menurun.
benarkah ini atau hanya khabar angin??? apa pun semua pihak perlulah menjalankan tugas mereka dengan baik agar rakyat terus menyokong mereka.
Kenapa tidak turun padang? Jika tidak turun padang, rakyat tidak akan dapat mengenal dan menilai anda dengan lebih dekat. Kena besikap ramah dengan rakyat.
Tinjauan harus dilakukan. Jika rakyat sudah memilih anda, maka rakyat adalah tanggungjawab anda. Tidak boleh mengabaikan mereka.
"Tetapi, apa yang diwar-warkan di media arus perdana tentang kemudahan mendapatkan kad pengenalan hanyalah retorik semata,"
mungkinkah Naib Ketua DHPP mahu kerajaan memberikan kad pengenalan tanpa melalui prosedur? rakyat patut rasa takut jika Pakatan mengambil alih pentadbiran negara kerana kerajaan Pakatan akan memberikan sewenang2nya kewarganegaraan kepada sesiapa sahaja.
"Walaupun ini punca masalah ini adalah kesilapan mereka sendiri masa lepas tidak mendaftar semasa kelahiran anak..."
kalau sudah tahu itu berpunca dari masalah mereka sendiri, kenapa perlu disalahkan pihak lain? jika Naib Ketua DHPP benar2 perihatin dengan masalah mereka, bantulah mereka. bukannya sekadar mengambil kesempatan menggunakan masalah mereka ini untuk menambah perisa kempen pembangkang. itu tidak ikhlas namanya..
Mana boleh tidak meninjau kawasan pengundi? Bagaimana boleh tahu apa yang berlaku kalau melihat sendiri?
Bila saja Pilihanraya pelbagai isu akan keluar. Banyak khabar angin di sana sini. Tidak hairanlah dengan semua ini.
Ahli majlis sepatutnya lebih prihatin dan amanah dalam menjalankan t/jawab.
Apapun rakyat kenalah bijak menilai... Biasalah kalau musim p/raya ni ada saja yang tak kena. huhu
Adalah tanggungjawab ahli majlis turun tinjau kawasan untuk mendekati rakyat.
Cara yang paling baik untuk mendapat sokongan rakyat adalah dengan turun tinjau kawasan. Dengan cara beginilah, masalah rakyat dapat diketahui dengan lanjut .
Catat Ulasan