Ditulis oleh Te@M.IT
LABIS - Barisan pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) dan ahlinya yang turun padang ke Tenang melihat masyarakat Cina dan India begitu postif terhadap Calon PAS, Normala Sudirman.
Richard Wong, Timbalan Ketua DHPP Perak berkata, mesej ke arah perubahan perlu disampaikan kepada pengundi-pengundi di Tenang.
"Perubahan itu penting bagi menjaga kebajikan dan hak generasi akan datang. Sekiranya mereka mengundi BN, hasilnya tidak sama seperti generasi muda yang terbela di negeri di bawah pimpinan PR" .
Beliau yang turut turun berkempen pagi tadi menyeru pengundi melayu yang masih mempercayai BN agar melakukan perubahan dengan mengenali agama sendiri.
"Jika orang Cina dan India sokong perjuangan PAS, kenapa orang melayu masih takut?
"Bila ada perubahan, akan ada harapan baru," ujarnya.
DHPP juga katanya menyelar tindakan kerajaan terhadap kebajikan peneroka felda yang berhadapan masalah sekiranya harga komoditi kelapa sawit jatuh.
"Apakah nasib peneroka, adakah dibantu?" soalnya.
Nasib generasi kedua felda terhadap isu tanah, pendidikan dan peluang pekerjaan juga turut dipertikaikan DHPP.
Tambahnya, tiada konsep permilikan perkauman di dalam Islam, kerana Islam tidak dimiliki oleh sesuatu kaum.
15 ulasan:
Jika PAS merupakan pilihan mereka, maka kita perlulah menghormati keputusan mereka.
ini hanylah gambaran awal dalam piliharaya ini, kita akan keputusannya setelah hasil undian diumumkan nnti.
Remember, the vote is likely to be change. You may see me with PKR but my vote is still a secret.
Terpulang kepada mereka.
Yang penting, pengundi membuat penilaian yang bijak.
Semoga calon terbaik akan menang!
semua yang bertanding yakin mendapat sokongan pengundi. apa pun, hanya rakyat di sana yang tahu siapa yang sebenarnya menjadi pilihan mereka.
setiap calon yang bertanding perlu berusaha keras untuk menang. apa pun hasilnya ditentukan oelh pilihan pengundi nanti.
Tidak pastilah, mungkin juga diorang paksa mereka ini bergambar..hehee Apa pun rakyat yang tahu siapa yang akan mereka pilih untuk kebaikkan mereka.
sebenarnya yang ada dalam gambar itu sahaja la yang sokong PAS. dalam media sudah tentulah mereka mahu tunjuk hebat. sama la macam PRK tahun lepas. tapi akhirnya kalah juga ditangan BN.
saya harap semua pengundi akan membuat pilihan bukan berdasarkan kemahiran parti atau calon itu bercakap diatas pentas, tetapi berdasarkan kemampuan parti atau calon itu dalam menyelesaikan masalah2 rakyat dan pembangunan.
kita lihat saja keputusannya nnti.
Rakyat akan memilih calon yang sesuai dengan keperluan diri.
Saya cuma harapkan calon terbaik menang. Tak sabar mahu tahu keputusannya nanti.
Apapun, terpulanglag pada pengundi untuk membuat pilihan.
Catat Ulasan