Sabtu, 1 Januari 2011

3 pelajar perempuan lemas

SELANGOR KINI

HULU SELANGOR - Tiga pelajar perempuan mati lemas ketika sedang mandi-manda bersama keluarga mereka di kawasan Air Terjun Sungai Sendat, Hulu Yam dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Yahya Affandi berkata, yang terbunuh dalam tragedi kira-kira pukul 1 tengah hari itu terdiri daripada Tan Ching Wee, 10, Tew Chew Ying, 13, dan Kok Soo Dee, 19, dan ketiga-tiga mereka yang berasal dari Klang adalah bersaudara.

Beliau berkata, kejadian berlaku semasa ketiga-tiga mereka bersama lima lagi anggota keluarga yang lain, sedang mandi-manda di kolam sedalam kira-kira 1.2 meter itu.

Katanya kejadian disedari oleh Kok Soo Peng iaitu ibu kepada Chew Ying yangketika itu melihat ketiga-tiga mereka meminta tolong, dan dia cuba menyelamatkan mereka, tetapi tidak berdaya.

“Beberapa orang awam yang berada di kawasan itu turut membantu, namun ketiga-tiga mereka tidak dapat diselamatkan,” katanya melalui sistem pesanan ringkas yang dihantar kepada Bernama semalam.

Norel Azmi berkata, beberapa anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu mengeluarkan mayat ketiga-tiga mereka kira-kira sejam kemudian, dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk bedah siasat.

Tiada ulasan: